Entry: SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA: RESEPI TERISTIMEWA CHEEFF MASAKAN IKAN BAWAL BERLAUK HIJAU Tuesday, October 03, 2006



Dah lama Cheeff tidak update. Tentu sekali ramai peminat peminat Cheeff yang tertunggu tunggu dengan resepi istimewa Cheeff di bulan Ramadan ini. Jangan kecewa dan sungul menanti resepi resepi terbaik dan sedap dari Cheeff Singapura.

Di bulan Ramadan ini, insyaallah.....Cheeff cuba sedaya upaya menyiapkan beberapa resepi resepi hidangan teristimewa untuk kaum ibu ibu disana. Tentu sekali membuat para bapa bapa tak sabar menjamu selera.

Pada hari ini, Cheeff akan sediakan resepi yang terbaik, terkini dan teristimewa untuk para para peminat Cheeff iaitu Masakan Ikan Bawal Berlauk Hijau. Kalau hendak salin resepi teristimewa Cheeff, sila salin dibawa:

MASAKAN CHEEFF IKAN BAWAL BERLAUK HIJAU

BAHAN BAHANNYA

1/2 KG IKAN BAWAL             }

100 GM HALIA                       }

100 GM BAWANG PUTIH       }      DIKISAR

100 GM KUNYIT HIDUP          }

300 GM CILI HIJAU                }

20 GM CILI PADI HIJAU          }

300 GM SANTAN

40 GM JINTAN PUTIH

60 GM SERBUK KETUMBAR

SEDIKIT MINYAK

 

CARA CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan yang dikisar tadi hingga wangi dan garing.

2. Kemudian masukkan santan dan kacau ia dengan perlahan lahan.

3. Tunggu hingga mendidih dan masukkan ikan bawal. Masukkan garam secukup rasa berserta ajinomoto dan taburkan daun ketumbar didalamnya.

 

Hmmmmm.......senangkan cara membuatnya, Cheeff harap semua para para ibu bolehlah siapkan RESEPI ISTIMEWA TERBAIK CHEEFF ini untuk berbuka puasa pada petang ini. SELAMAT MENCUBA.........JUMPA LAGI.

   1 comments

Name
February 25, 2009   07:52 PM PST
 
o.kaylah tu masakan ini memang menepati citarasa yang mengemarinya.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments