Entry: RESEPI TERBAIK SINGAPURA SEMPENA MAAL HIJRAH 1427 Tuesday, February 07, 2006



"Baaang......kita nak masak apa untuk kenduri hari bang? I ingat you masak yang simple simple aje. Tapi yang sedap sedap tau! Itulah kata kata yang keluar dari mulut isteri Cheeff. Very demanding. Yang dia tahu semuanya mesti siap dan beres. Yeeeler..selama ini Cheeff juga yang sediakan untuk segala masakan masakan dirumah. Dia tahu makan saja. Tapi apa boleh buat, sayang isteri.

Lagipun Cheeff masak untuk menyambut Maal Hijrah tahun baru Islam. Bukan apa, Cheeff ada buat kenduri sedikit dirumah Cheeff. Ada doa selamat dan membaca Al Quran. Ingat tak dulu kawan Cheeff, Encik Aripin dari Sukarelawan Jemaah Iqra? Cheeff ada menjemput kumpulan mereka kerumah Cheeff untuk membaca doa selamat dan membaca Al Quran.

Haaaii....seronok betul Cheeff dibuatnya apabila mendengar bacaan bacaan Taranum Al Quran mereka. Lebih lebih lagi apabila Encik Hj Jamalludin membacanya, sungguh tersentuh hingga membuat Cheeff lebih dekat kepada Allah Ta'alla. Sejuk hati Cheeff dibuatnya. Teringat Cheeff pada firman Allah:

"Dan apabila Al Quran dibacakan, dengarkanlah ia dan berdiamlah, supaya kamu dikasihani"(Surah Al Anfal Ayat 204)

Cheeff bersyukur dapat memberi makanan dari masakan Cheeff yang terbaik lagi teristimewa untuk tetamu Cheeff yang hadir pada malam itu. Cheeff sediakan Resepi Terbaik iaitu Roti Jala Cheeff Terbaik berserta Kuah Lempuk Durian. Emmmm........ terperanjat dibuatnya. Selalunya Roti Jala dimakan dengan kuah daging atau kuah kari ayam. Tapi yang ini lain dari yang lain. Ia dimakan dengan Kuah lempuk durian. Sedapkan!!..Apa tak terangkat dibuatnya, semuanya puji masakan Cheeff dan ada yang hendak minta salinan Resepi Terbaik Cheeff ini.

Kalau puan puan dan ibu ibu disana hendak salin RESEPI TERBAIK CHEEFF ini iaitu RESEPI ROTI JALA CHEEFF BERKUAH LEMPUK DURIAN silakanlah salin. Kalau tidak salin....nanti menyesal dibuatnya....

 

ROTI JALA CHEEFF BERKUAH LEMPUK DURIAN

BAHAN BAHAN ROTI JALA

400gm tepong gandom

2 biji telur

160gm santan

1/2 sudu kecil pewarna kuning

garam secukup rasa

Cara Cara Membuatnya

1.Campurkan kesemua bahan bahan diatas dan kacaukannya hingga rata dan sebati.

2.Gunakan acuan Roti Jala dan kiraikan diatas kuali yang nipis.

BAHAN BAHAN KUAH LEMPUK DURIAN

300gm santan

2 helai daun pandan

200gm lempuk durian (dipotong dadu)

100gm gula pasir

garam secukup rasa

Cara Cara Membuatnya

1.Masak santan bersama daun pandan, gula dan garam hingga pekat.

2.Masukkan lempuk durian dan kacau hingga sebati dan mendidih selama 15 minit lamanya.

 

Selepas itu sudah siap masakan ROTI JALA CHEEFF BERKUAH LEMPUK DURIAN dan bolehlah dihidangkan pada tetamu tetamu yang datang. Cheeff rasa pasti enak dan sedap RESEPI TERBAIK CHEEFF ini. Jangan lupa kalau hendak hidangkan pada tetamunya mesti panas panas. Itu lebih baik. SELAMAT MENCUBA..

 

...

   2 comments

Wahh
June 7, 2008   06:42 PM PDT
 
baguih la cheff nie.. ader gtau lagi
chiko
February 7, 2006   03:47 AM PST
 
hey cheeff tk tidur ke. Pagi pagi buta buat resepi. Gila agaknya. Nak jala apa niee.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments