Entry: CERITA CERPEN SINGAPURA: WANITA Sunday, January 15, 2006



 

Kecantikan wanita bermula pada pandangan matanya... 
Kerana di mata wanita adalah tempat untuk menuju
gerbang hati manusia...

Di mana cinta akan berputik hingga ia berkembang.
Kecantikan wanita bukan terletak pada wajahnya sahaja
Tetapi kecantikan yang abadi akan terpancar dari hati yang tulus suci 
lagi murni..

Membuahkan cinta dengan segala jiwa dan raga..
Agar cinta sentiasa tumbuh subur selamanya 
Itulah kecantikan wanita...

 

Macam ye ye aja Cheeff nie mempersoalkan kecantikan wanita. Dah lama juga Cheeff tidak update blog Cheeff. Maklumlah Cheeff nie sibuk sikit, mana hendak uruskan buku sekolah anak Cheeff.....mana hendak layan isteri Cheeff tu asyik asyik hendak balik kampong. Eemmmm macam macam dibuatnya.

Sampai hendak buat blog resepi untuk peminat peminat Cheeff pun tergendala. Kalau tenggok di tagboard, macam macam permintaan resepi yang peminat peminat kehendaki dari Cheeff.

Cheeff ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU pada semua peminat Cheeff. Harap harap semuanya baru dengan azam baru, cita cita baru, lagu baru, cerita baru, pakaain baru...baru baru baru hey hey hey.

Tetapi tidak hampakan peminat Cheeff hari ini.......Cheeff ada sediakan RESEPI TERBAIK CHEEFF untuk semua. RESEPI TERISTIMEWA dan TERBAIK SINGAPURA ialah CHEEFF ASAM  PEDAS SOUP EKOR yang TERBAIK lagi TERMASYUR dan TERISTIMEWA untuk puan puan dan ibu ibu pada tahun baru in. Janganlah marah dan hampa puan puan dan juga para para ibu ibu kerana hampir sebulan Cheeff tidak update blog Cheeff. Dari itu silalah salin RESEPI CHEEFF yang TERBAIK ini jika sudi....

 

CHEEFF ASAM PEDAS SOUP EKOR TERISTIMEWA

 

BAHAN BAHANNYA

1kg ekor lembu (dipotong kecil kecil dan direbus hingga empok)

100grm chilli kering( yang dikisar halus)

5 grm lada hitam           }

6 biji bawang merah      }

30 grm halia                  } Semuanya dikisar

6 biji bawang putih        }

1 batang serai              }

1 batang serai (diketuk ketuk)

10 grm daun kesum

10 grm bunga kantan ( dihiris halus halus)

40 grm asam jawa

2 sudu besar minyak jagung

 

CARA CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bahan yang dikisar hingga garing. Selepas itu masukkan serai yang diketuk, daun kesum, daun kantan dan air asam jawa yang diperah kedalam periuk.

2. Kemudian masukkan ekor lembu dan biarkannya hingga empuk.

3. Masukkan garam dan perasa secekup rasa dan biarkan sehingga 5 minit. Selepas itu masakan sudah siap untuk dihidangkan.

Untuk pengetahuan semua, soup ini boleh dimakan beserta dengan roti perancis atau roti gardenia ikut cita rasa masing masing. Cheeff pasti RESEPI yang Cheeff beri iaitu CHEEFF ASAM PEDAS SOUP EKOR TERISTIMEWA ini akan memuaskkan dan memberahikan puan puan dan para para ibu kita dan Cheeff pasti sisuami akan menyayangi anda semua.SELAMAT MENCUBA.....

  

Hahahahaaaaaa ...Cheeff nak pergi senaman kuruskan perut yang buncit
 

   2 comments

malaysia seo
April 17, 2009   08:50 PM PDT
 
YA MEMANG UNIK
hisah sayz
January 28, 2006   05:35 AM PST
 
resepi yg unik tapi meliurkan mulut saya ni..heehee..insya-Allah mungkin Ahad ni saya akan mencubanya..neway haff a gr8 wkend ahead ya..njoy!! n salam hijrah 1427H

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments