|
(Pakcik nak pulang raya jumpa keluarga ke...hehehehehehe)Selesai sudah satu bulan kita berpuasa. Ramadan pergi Syawal akan kembali. Esok kita akan menyambut HariRaya AidilFitri. Mohon ku ampun dan maaf zahir bathin buat semua peminat Cheeff terutama sekali pada KakSab, Bobooi, Masmerah, NenekSariah, Alzain, Basita, Adikcomel, Raszain, Nonleo, Ncc, Zu408 dan lain lain. "Salamun alaikum, kerana kamu telah bersabar." Sangat baiknya tempat kediaman muktamad."(Surah Ar Raad 13 Ayat: 24) Cheeff harap semua akan berbahagia di HariRaya AidilFitri ini. Dan tidak lupa juga disini Cheeff ada sediakan RESEPI TERBAIK dan TERISTIMEWA untuk semua iaitu RENDANG KELUARGA CHEEFF di hari yang berbahagia ini. Kalau puan puan dan ibu ibu ingin salin RESEPI TERBAIK CHEEFF ini silalah salin dengan segera. RENDANG KELUARGA CHEEFF
BAHAN BAHANNYA 1kg daging lembu(dipotong dadu dan direbus hingga empok) 5 batang serai (dihiris halus) } 5 ulas bawang putih } 10 ulas bawang kecil } 1inci halia } Kesemua bahan bahan 3 biji bawang besar } ini dikisar hingga halus 1 inci langkuas } 1 sudu makan ketumbar } 1 sudu teh jintan manis } 1 sudu teh lada hitam } 30 sen lada padi } 30 sen lada merah } 2 sudu rempah daging 20 sen daun selasih 2 helai daun salam 2 helai daun limau purut 2 sudu makan gula Garam sekucup rasa 500ml air daging rebus CARA CARA MEMBUATNYA 1.Panaskan minyak kemudian tumiskan 3 bawang yang dihiris dan kesemua bahan bahan yang telah dikisar tadi ditumis beserta rempah daging sekali hingga wangi baunya. 2.Sesudah itu masukkan daging yang direbus tadi, air daging, limau purut, daun salam, daun selasih lalu dikacau hingga rata dan biarkan ia empuk dan pekat. Emmmmm......Cheeff rasa ibu ibu masih ada masa lagi untuk mencuba RESEPI TERBAIK CHEEFF ini iaitu RENDANG KELUARGA CHEEFF yang TERISTIMEWA ini. Cubalah sekarang, Cheeff pasti ia akan mengoda para tetamu ibu ibu disana. SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDILFITRI dari Cheeff yang istimewa ini. ![]() (Yaaahoooo.......Cheeff joget gila nak sambut Hariraya esok) |
| Leave a Comment: |