|
Kenapa merajuk nie, tak dapat si dia ke?)Rupamu begitu menawan sekali. Bentuk badanmu yang begitu seksi membuatku terpesona. Berpakaian berwarna warni dengan bauwanmu yang menusuk hidungku, Membuat aku begitu rakus ghairah memilikimu. Apakah keistimewaanmu sehingga semua ingin meniru gayamu?
Aaaaaahhhhhh.......kalau hendak tahu apa yang disebut sebut diatas tiu ialah KEK MARBLE CHEEFF CHERRY COKLAT yang paling TERBAIK untuk jamuan di hari lebaran yang hampir tiba. Sudah masuk 26 hari kita berpuasa dan tinggal 4 hari saja memperjuangkan ibadat puasa. Sambil itu pula, Cheeff pasti para para ibu yang dihormati masih lagi sibuk membuat KUIH MUIH HARIRAYA. Masih ada masa lagi puan puan dan ibu ibu, jangan risau dan kelamkabut. Cheeff akan sediakan berbagai bagai RESEPI KUIH MUIH RAYA dan juga RESEPI MASAKAN TERBAIK CHEEFF sempena menyambut HARIRAYA AIDILFITRI yang hampir tiba. Banyak coloteh pula Cheeff ini. Kalau begitu salinlah RESEPI KEK RAYA CHEEFF ini........ KEK MARBLE CHEEFF CHERRY COKLAT BAHAN BAHANNYA 6 Biji Telor 50 ml air putih 15g overlett 11/2 sudu makan cherry paste 11/2 sudu makan coklat paste Secukup warna merah 220 tepong hong kong 60g tepong gandum 200g mentega (dipukul dan didebuk) 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh vanilla 300g gula halus CARA CARA MEMBUATNYA 1.Semua bahan bahan itu dipukul jadi satu. Kecuali mentega, cherry paste dan coklat paste. 2.Setelah adunan itu menjadi kental, masukkan mentega dan kacau hingga rata lalu dibagi tiga. 3.Campurkan perasa coklat, cheerry dan vanilla. Kemudian disusun seperti kek marble biasa. 4.Bakar diloyang dengan ukuran size 10x7x3. Suhu oven 150 C selama 45 minit lamanya. CARA CARA MENYUSUN KEK Ambil sesenduk adunan warna vanilla. Taroh ia ditengah tengah loyang dan diikuti dengan warna coklat dan cherry. Tompok tompokkan cara begini sehingga selesai. Senangkan cara membuatnya. Cheeff harap para ibu ibu disana senang mencubanya. Kalau tidak cuba tidak tahu. Dan Cheeff yakin KEK MARBLE CHEEFF CHERRY COKLAT ini dapat menawan ibu ibu. SELAMAT MENCUBA (Cheeff nak pergi sembahyang tarawih) |
| aunidayini September 30, 2006 04:19 PM PDT dah lama cari resepi ni. baru hari ni dapat. Will try it.Thanks! | ||
| Leave a Comment: |