Entry: BISKUT KACANG KRUFFLES CHEEFF UNTUK AIDIL FITRI YANG MULIA Thursday, October 27, 2005




(Hai bang....takkan dah masuk 23 hari berpuasa pun perut tu masih menggelebeh. )


Bulan Ramadan yang penuh keberkatan telah sampai ke penghujungnya. Sudah 23 hari kita berpuasa. Tidak lama lagi Syawal menjelang dan kita umat Islam diSingapura akan menyambut Hariray Aidil-Fitri. Di pagi Syawal I’dul Fitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadan telah berjaya. Tapi ini bukan bererti perjuangan tersebut berhenti setakat itu sahaja sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan wajar diteruskan dan amalan yang haram adalah ditegah .

Namun dalam keghairahan dan kegembiraan menyambut hari raya yang mulia, umat Islam diingatkan agar jangan melampaui lunas-lunas dan batasan yang telah ditetapkan oleh Islam. Ini kerana dibimbangi, HARIRAYA yang dijadikan oleh Allah swt sebagai anugerah kerana kejayaan hambanya beribadah dan berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

Islam telah memberikan beberapa garis panduan yang sewajarnya menjadi amalan umat Islam dalam menghadapi kemeriahan berhari raya. Antara amalan sunat yang dianjurkan untuk menjadi amalan menjelang hari raya ialah :-

Bertakbir dan bertahmid kepada Allah bermula dari waktu terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya.

Firman Allah :
"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur"(
Surah al-Baqarah :185)


Cheeff juga disini ingin berpesan pada ibu ibu disana jangan sampai membazirkan wang untuk persiapan HARIRAYA ini. Jangan juga terlalu boros hingga semua simpanan habis dikeluarkan unutuk buat KUIH RAYA. Kita ini hendak sampai ke penghujung tahun. Mestilah bersiap sedia untuk perbelanjaan buku buku sekolah anak anak kita. Kan nati asyik sibuk buat kuih, beli baju baru, beli langsir baru dan beli perabot baru, duit semua dah habis. Gigit jari.....

Ini hanya pesanan Cheeff saja. Tapi tidak mengapa, mari kita fikirkan untuk RESEPI KUIH RAYA hari ini. Daaahhh masuk hari ke 23 kita berpuasa. Tinggal 7 hari saja. Hari ini Cheeff ada sediakan RESEPI TERBAIK dan TERISTIMEWA untuk para para ibu iaitu BISKUT RAYA KACANG KRUFFLES CHEEFF. Tanpa buang masa lagi marilah salin RESEPI TERBAIK CHEEFF ini.............................


BISKUT RAYA KACANG KRUFFLES CHEEFF



BAHAN BAHANNYA

1 BUNGKUS BISKUT COKLAT(BUANG ISINYA DAN PATAH PATAHKAN)
100 GRM KACANG METE GORENG
200 GRM WHITE COOKING COMPOUND
2 SDM HUNDRED THOUSAND (BIJI BIJIAN HIASAN KUEH)
PAPER CUP KECIL


CARA CARA MEMBUATNYA

1. Siapkan paper cup. Isikan dengan potogan biskut dan kacang mete goreng.
2. Lelehkan white cooking chocolate kedalam paper cup. Biarkan seketika hingga mengental.
3. Taburkan hundred thousand.
4. Selepas itu dinginkannya.


Niee..............apa kena Nieee......asyik RESEPI TERBAIK BISCUTHARIRAYA..Asyik asyik biskut....asyik asyik biskut. Bukan apa puan puan dan para para ibu budiman, dulu masa kecil kecil Cheeff meang suka makan biskut disekolah rendah. Sampai bawa bekal bickut dalam beg. Ada masanya kena kebas dengan kawan kawan sedarjah Cheeff pun ada. Sebab itu terkenang masa sekolah rendah dahulu, datanglah idea hendak buat KUIH BISKUT ini. Lagi lagi kalau hendak jelang HARI RAYA AIDILFITRI YANG BERBAHAGIA ini, sibuklah Cheeff hendak buat kuih inilah....kuih itulah. Kalau puan puan dan ibu ibu  sudi cubalah RESEPI KUIH HARIRAYA AIDILFITRI Cheeff ini. SELAMAT MENCUBA.


CHEEFF MAIN GITAR LAAAH


 

   4 comments

eja
September 27, 2006   07:12 PM PDT
 
tak cheff kedekut bagi resepi pun sikit jak apa la????
adikcomel
December 24, 2005   02:46 PM PST
 
Memang lah orang tua tuuu gila dn tak tau malu orgnye kan....dah lah pakai seluar spender warna putih pulak tuuu...Apasal lah cheeff taruk gambar ni...kan buat org malu semua....HA HA HA...KWANG KWANG KWANG!!!
Cheeff
October 28, 2005   04:40 PM PDT
 
Tertelan air laut tak apa Mas. Yang Cheeff heran, dahlah perut menggelebeh. Lepas itu pegang raket tennis dengan seluar spender putih di tepi laut. Dah gila ke orang tua ini.
Masmerah
October 27, 2005   09:21 PM PDT
 
Mas tau kenapa perut cik Abang tu masih boroi lagi walaupun dah 23 hari berpuasa. Jawabnya ialah dia banyak terminum air laut semasa swimming di laut agaknya....

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments