Entry: KEK TERBAIK CHEEFF DI HARI LEBARAN Monday, October 24, 2005






Tinggal 10 hari saja aku  akan berpuasa.
Dengan kesabarlah aku menunggu sepuloh hari itu berlalu hari demi hari.
Namun perjuangan ku pasti akan menuju kemenangan yang indah.
Keindahan yang penuh bererti lagi menawan.
Kesyukuran yang ingin ku luahkan padaMu Ya Allah.
Keikhlasan dan kemaafan yang ingin ku hulurkan pada keluarga  dan kerabatku.
Ku mohon maaf dipagi lebaran tanda kesyukuran tiada terkata.


Kembali lagi Cheeff pada semua peminat Cheeff. Pada sesiapa yang jenggok jenggok dan mengendap RESEPI TERBAIK CHEEFF itu, sudahlah tu dan janfgan buang masa di bulan RAMADAN yang mulia ini. Mari cepat cepat salin RESEPI CHEEFF hari ini iaitu RESEPI KEK DURIAN BERGULUNG CHEEFF.

Cheeff akan sadiakan RESEPI KEK KEK, RESEPI COKLAT HARI RAYA, KUIH HARI RAYA, JUADAH HARI RAYA, serta MASAKAN LAUK PAUK HARI RAYA TERBAIK lagi TERBARU, TERKINI,TERISTIMEWA ......semuanya TERRRRRRRR.......LAH insyaalah Cheeff akan sediakan semua MENU DAN RESEPI ini hanya pada sepuloh hari terakhir kita berpuasa.Untuk para para ibu ibu marilah sediakan KEK LEBARAN CHEEFF ini untuk tetamu ibu ibu. kalau begitu ambil pencil dan kertas jomm mari salin RESEPI TERBAIK CHEEFF YANG MASYUR ini iaitu KEK DURIAN BERGULUNG CHEEFF TERBAIK. Salinlah dengan segera.......



KEK DURIAN PANDAN BERGULUNG CHEEFF





BAHAN BAHANNYA

5 BIJI TELUR
200 GRM GULA KASTOR
300 GRM TEPONG GANDUM
1 SUDU BESAR ESEN PANDAN
1 SUDU TEH SERBUK PENAIK
8 BIJI DURIAN ( BIJINYA DIBUANG)
SEDIKIT PERWARNA HIJAU
SEDIKIT GEM (MENGIKUT PILIHAN PERISA MASING MASING)


CARA CARA MEMBUATNYA

1. Pukul telur dengan gula hingga kembang
2. Masukkan esen pandan, perwarna hijau dan durian kedalam adunan gula itu.
3. Setelah itu masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit kedalam adunan telur tadi sambil dibalik balik hingga rata.

4. Sediakan dulang pembakar, sapukan minyak dan tuangkan adunan kedalam dulang pembakar dan bakarkannya sehingga masak.
5. Apabila telah masak, terapkan keatas kertas minyak dan potong keliling bahagian kek yang keras.
6. Setelah itu sapukan gem diatasnya dan gulungkannya dengan kemas.

PERINGATAN

Masa membakar: 45 minit
Suhu Ketuhar    : 160 C


Cheeff pasti di hari lebaran ini puan puan dan para ibu ibu akan sediakan pada para tetamu jamuan KEK DURIAN PANDAN BERGULUNG CHEEFF yang TERBAIK lagi TERISTIMEWA ini. Jangan bimbang dan ragu puan puan dan ibu ibu, kalau ada masaalah...... just tanya Cheeff yang bijaksana lagi termasyur dalam bidang RESEPI MASAKAN TERBARU DAN TERBAIK. Insyaallah Cheeff sedaya upaya akan urukannya. SELAMAT MENCUBA.......







   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments