Entry: CERPEN SINGAPURA: RAGAM DIBULAN RAMADAN Tuesday, October 18, 2005



"Sesungguhnya selepas berbuka puasa, akibat terlalu kenyang, janganlah muka kamu berubah seperti demikian"


Terfikir dalam fikiran aku, hari ini aku hendak buka apa yer? Kalau aku buka CENDOL MAMAK pun sedap juga. Kalau aku buka ROTI NAAN TANDOORI yang di Serangoon Rd pun sedap juga. Tidak mengapa.....nanti aku suruh abang aku belikan ROTI NAAAN TANDOORI diSerangoon tu. Tapiii.......kalau makan NASI BERYANI YUSUF di Kandahar Street lagi POWER.

Hai...macam macam aku ni, puasa tidak seberapa, asyik sibuk dengan makanan saja. Hendak makan CENDOL MAMAK lah, ROTI NAAN TANDOORI lah, NASI BERYANI YUSUF lah dan macam macam lagi. Kalau di bulan puasa ini, macam macam godaan, dugaan dan cobaan berlaku. Lagi lagi kalau hendak dekat berbuka puasa. Kalau boleh semua hendak makan. Lepas berbuka.....haaaa lepak macam ular sawa, terbokang dibuatnya. Yok....mari kita tanya Cheeff yang BIJAK BISTARI. Apakah RESEPI TERBAIK lagi TERBARU dan TERISTIMEWA untuk BERBUKA PUASA pada hari ini.

Firman Allah Ta'alla bermaksud:

"Maka makan dan minumlah, dan bergembiralah (berdingin mata); dan jika kamu melihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun." (Surah Maryam 19 Ayat :26 )



Haaaa...puan puan dan para ibu ibu, hari ini Cheeff ada sediakan RESEPI SPECIAL lagi TERBAIK untuk semua menjamu selera pada petang ini iaitu NASI CLAYPOT CHEEFF BERKELEDEK KENTANG. Pada petang ini, kalau makan beramai ramai bersama keluaga NASI CLAYPOT CHEEFF yang TERBARU dan TERBAIK ini pasti best dan power. Cheeff tahu, pasti ibu ibu disana sudah tidak sabar hendak mencubanya.

Untuk KAK SAB, MASMERAH, WARDAH, LADYPRETTYBARA, KUNCUP, ZU408, BASITA, MAKCIK SARIAH, NONLEO, ADIKCOMEL apa yang hendak ngendap lagi. Salinlah RESEPI CHEEFF yang TERBAIK ini.....Kalau tidak salin menyesal nanti.



NASI CLAYPOT CHEEFF BERKELEDEK KENTANG




BAHAN BAHANNYA


NASI BIASA (2 MANGKOK)
1 BATANG KELEDEK (DIPOTONG DADU DAN DIGORENG)
1 BIJI KENTANG (DIHIRIS BULAT KECIL DAN DIGORENG)
200gm DAGING (DIPOTONG DADU KECIL DAN DIREBUS EMPUK)
200gm UDANG (BERSIHKAN DAN DIBELAH DUA)
8 BIJI JAGUNG MUDA (DIHIRIS KECIL KECIL)
1 SUDU KACANG SNOWPEAS
1 BIJI LOBAK MERAH (DISAGAT HALUS)
1/2 CAWAN BUNGA KOBIS (DIPOTONG TIPIS)


BAHAN BAHAN TUMISKAN

8 KEPING CHILLI KERING         }
5 BIJI BAWANG PUTIH              }
1 HIRIS LANGKUAS                  } SEMUANYA DI KISAR HALUS
1 BIJI BAWANG BESAR             }
1 BIJI IBU JARI HALIA              } 
2 SUDU MAKAN UDANG KERING}
2 SUDU MAKAN SOS TIRAM
2 SUDU DARK SOYA SOS
1/2 SUDU MINYAK BIJAN
1 SUDU SERBUK LADA PUTIH
1/2 SUDU PERASA


CARA CARA MEMBUATNYA

1. Tumiskan semua bahan bahan kisar kedalam kuali yang panas hingga garing dan masukkan udang beserta daging dan kecilkan apinya. Masukkan sos tiram, dark soya sos, minyak bijan, serbuk lada putih dan perasa serta gaulkannya hingga rata.

2. Selepas itu masukkan semua sayuran sampai setengah masak. Pastikan apinya sentiasa kecil supaya tidak hangus.

3. Masukkan nasi, keledek dan kentang gaulkanya hingga rata selama 5 minit. Selepas itu matikan apinya.

4. Siakan sebuah Claypot (Kalau beli Claypotnya biarlah sedarhana). Panaskan Claypot itu, sapukannya dengan sedikit minyak. Masukkan nasi kedalam Claypot serta tutup Claypot itu dan bakarkannya sehingga 5 minit.

5. Untuk cantikkan NASI CLAYPOT CHEEFF BERKELEDEK KENTANG itu, hendaklah dihiasi dengan hirisan lada merah, daun ketumbar serta hirisan tomato sedikit.



Eeemmmmmm.........Cheeff rasa pasti berselera dan sedap MENU serta RESEPI TERBAIK lagi TERBARU kali ini untuk para para ibu mencubanya pada petang ini. Cheeff pasti RESEPI NASI CLAYPOT CHEEFF BERKELEDEK KENTANG ini dapat menawan hati cik abang disana. Hingga bertemu lagi di bulan RAMADAN ini. Jangan takut....Cheeff akan kembali lagi dengan bergbagai bagai RESEPI RESEPI TERBAIK dan TERBARU lagi TERISTIMEWA untuk semua byeeeee.....



   2 comments

Cheeff
October 27, 2005   11:54 AM PDT
 
Haiii.....biasalah Mas. Kalau kena marah dengan isteri mestilah muka renyok macam gitu. Tak terpikir pula Cheeff kalau puasa muka kita boleh sebegitu.
Masmerah
October 19, 2005   12:58 AM PDT
 
Kah!kah!kah!kah!kah!....
Eeeeiiiii....kelakarnya muka orang tu, ketawa gila mas dibuatnya...
Apalah Cheeff ni tak kanlah renyok betul muka tu bila dah kekenyangan.
Tapi mungkin juga... sebab selalunya mana ada kita tengok cermin bila kita makan dah terlalu kenyang. Entah entah betul agaknya muka kita macam tu.
Tak apalah nanti mas nak tanya kawan mas si bobooi tu manalah tau dia ada idea....
Kah!kah!kah!.......

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments