 |
 |
 |
 |
 |
|
Tuesday, October 03, 2006
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA: RESEPI TERISTIMEWA CHEEFF MASAKAN IKAN BAWAL BERLAUK HIJAU
Dah lama Cheeff tidak update. Tentu sekali ramai peminat peminat Cheeff yang tertunggu tunggu dengan resepi istimewa Cheeff di bulan Ramadan ini. Jangan kecewa dan sungul menanti resepi resepi terbaik dan sedap dari Cheeff Singapura.
Di bulan Ramadan ini, insyaallah.....Cheeff cuba sedaya upaya menyiapkan beberapa resepi resepi hidangan teristimewa untuk kaum ibu ibu disana. Tentu sekali membuat para bapa bapa tak sabar menjamu selera.
Pada hari ini, Cheeff akan sediakan resepi yang terbaik, terkini dan teristimewa untuk para para peminat Cheeff iaitu Masakan Ikan Bawal Berlauk Hijau. Kalau hendak salin resepi teristimewa Cheeff, sila salin dibawa:
MASAKAN CHEEFF IKAN BAWAL BERLAUK HIJAU

BAHAN BAHANNYA
1/2 KG IKAN BAWAL }
100 GM HALIA }
100 GM BAWANG PUTIH } DIKISAR
100 GM KUNYIT HIDUP }
300 GM CILI HIJAU }
20 GM CILI PADI HIJAU }
300 GM SANTAN
40 GM JINTAN PUTIH
60 GM SERBUK KETUMBAR
SEDIKIT MINYAK
CARA CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan yang dikisar tadi hingga wangi dan garing.
2. Kemudian masukkan santan dan kacau ia dengan perlahan lahan.
3. Tunggu hingga mendidih dan masukkan ikan bawal. Masukkan garam secukup rasa berserta ajinomoto dan taburkan daun ketumbar didalamnya.
Hmmmmm.......senangkan cara membuatnya, Cheeff harap semua para para ibu bolehlah siapkan RESEPI ISTIMEWA TERBAIK CHEEFF ini untuk berbuka puasa pada petang ini. SELAMAT MENCUBA.........JUMPA LAGI.
Posted at 01:09 pm by cheeff
Permalink
Tuesday, February 07, 2006
RESEPI TERBAIK SINGAPURA SEMPENA MAAL HIJRAH 1427

"Baaang......kita nak masak apa untuk kenduri hari bang? I ingat you masak yang simple simple aje. Tapi yang sedap sedap tau! Itulah kata kata yang keluar dari mulut isteri Cheeff. Very demanding. Yang dia tahu semuanya mesti siap dan beres. Yeeeler..selama ini Cheeff juga yang sediakan untuk segala masakan masakan dirumah. Dia tahu makan saja. Tapi apa boleh buat, sayang isteri.
Lagipun Cheeff masak untuk menyambut Maal Hijrah tahun baru Islam. Bukan apa, Cheeff ada buat kenduri sedikit dirumah Cheeff. Ada doa selamat dan membaca Al Quran. Ingat tak dulu kawan Cheeff, Encik Aripin dari Sukarelawan Jemaah Iqra? Cheeff ada menjemput kumpulan mereka kerumah Cheeff untuk membaca doa selamat dan membaca Al Quran.
Haaaii....seronok betul Cheeff dibuatnya apabila mendengar bacaan bacaan Taranum Al Quran mereka. Lebih lebih lagi apabila Encik Hj Jamalludin membacanya, sungguh tersentuh hingga membuat Cheeff lebih dekat kepada Allah Ta'alla. Sejuk hati Cheeff dibuatnya. Teringat Cheeff pada firman Allah:
"Dan apabila Al Quran dibacakan, dengarkanlah ia dan berdiamlah, supaya kamu dikasihani"(Surah Al Anfal Ayat 204)
Cheeff bersyukur dapat memberi makanan dari masakan Cheeff yang terbaik lagi teristimewa untuk tetamu Cheeff yang hadir pada malam itu. Cheeff sediakan Resepi Terbaik iaitu Roti Jala Cheeff Terbaik berserta Kuah Lempuk Durian. Emmmm........ terperanjat dibuatnya. Selalunya Roti Jala dimakan dengan kuah daging atau kuah kari ayam. Tapi yang ini lain dari yang lain. Ia dimakan dengan Kuah lempuk durian. Sedapkan!!..Apa tak terangkat dibuatnya, semuanya puji masakan Cheeff dan ada yang hendak minta salinan Resepi Terbaik Cheeff ini.
Kalau puan puan dan ibu ibu disana hendak salin RESEPI TERBAIK CHEEFF ini iaitu RESEPI ROTI JALA CHEEFF BERKUAH LEMPUK DURIAN silakanlah salin. Kalau tidak salin....nanti menyesal dibuatnya....
ROTI JALA CHEEFF BERKUAH LEMPUK DURIAN

BAHAN BAHAN ROTI JALA
400gm tepong gandom
2 biji telur
160gm santan
1/2 sudu kecil pewarna kuning
garam secukup rasa
Cara Cara Membuatnya
1.Campurkan kesemua bahan bahan diatas dan kacaukannya hingga rata dan sebati.
2.Gunakan acuan Roti Jala dan kiraikan diatas kuali yang nipis.
BAHAN BAHAN KUAH LEMPUK DURIAN
300gm santan
2 helai daun pandan
200gm lempuk durian (dipotong dadu)
100gm gula pasir
garam secukup rasa
Cara Cara Membuatnya
1.Masak santan bersama daun pandan, gula dan garam hingga pekat.
2.Masukkan lempuk durian dan kacau hingga sebati dan mendidih selama 15 minit lamanya.
Selepas itu sudah siap masakan ROTI JALA CHEEFF BERKUAH LEMPUK DURIAN dan bolehlah dihidangkan pada tetamu tetamu yang datang. Cheeff rasa pasti enak dan sedap RESEPI TERBAIK CHEEFF ini. Jangan lupa kalau hendak hidangkan pada tetamunya mesti panas panas. Itu lebih baik. SELAMAT MENCUBA..
...
Posted at 02:50 am by cheeff
Permalink
Sunday, January 15, 2006
CERITA CERPEN SINGAPURA: WANITA

Kecantikan wanita bermula pada pandangan matanya... Kerana di mata wanita adalah tempat untuk menuju gerbang hati manusia...
Di mana cinta akan berputik hingga ia berkembang. Kecantikan wanita bukan terletak pada wajahnya sahaja Tetapi kecantikan yang abadi akan terpancar dari hati yang tulus suci lagi murni..
Membuahkan cinta dengan segala jiwa dan raga.. Agar cinta sentiasa tumbuh subur selamanya Itulah kecantikan wanita...
Macam ye ye aja Cheeff nie mempersoalkan kecantikan wanita. Dah lama juga Cheeff tidak update blog Cheeff. Maklumlah Cheeff nie sibuk sikit, mana hendak uruskan buku sekolah anak Cheeff.....mana hendak layan isteri Cheeff tu asyik asyik hendak balik kampong. Eemmmm macam macam dibuatnya.
Sampai hendak buat blog resepi untuk peminat peminat Cheeff pun tergendala. Kalau tenggok di tagboard, macam macam permintaan resepi yang peminat peminat kehendaki dari Cheeff.
Cheeff ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU pada semua peminat Cheeff. Harap harap semuanya baru dengan azam baru, cita cita baru, lagu baru, cerita baru, pakaain baru...baru baru baru hey hey hey.
Tetapi tidak hampakan peminat Cheeff hari ini.......Cheeff ada sediakan RESEPI TERBAIK CHEEFF untuk semua. RESEPI TERISTIMEWA dan TERBAIK SINGAPURA ialah CHEEFF ASAM PEDAS SOUP EKOR yang TERBAIK lagi TERMASYUR dan TERISTIMEWA untuk puan puan dan ibu ibu pada tahun baru in. Janganlah marah dan hampa puan puan dan juga para para ibu ibu kerana hampir sebulan Cheeff tidak update blog Cheeff. Dari itu silalah salin RESEPI CHEEFF yang TERBAIK ini jika sudi....
CHEEFF ASAM PEDAS SOUP EKOR TERISTIMEWA

BAHAN BAHANNYA
1kg ekor lembu (dipotong kecil kecil dan direbus hingga empok)
100grm chilli kering( yang dikisar halus)
5 grm lada hitam }
6 biji bawang merah }
30 grm halia } Semuanya dikisar
6 biji bawang putih }
1 batang serai }
1 batang serai (diketuk ketuk)
10 grm daun kesum
10 grm bunga kantan ( dihiris halus halus)
40 grm asam jawa
2 sudu besar minyak jagung
CARA CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bahan yang dikisar hingga garing. Selepas itu masukkan serai yang diketuk, daun kesum, daun kantan dan air asam jawa yang diperah kedalam periuk.
2. Kemudian masukkan ekor lembu dan biarkannya hingga empuk.
3. Masukkan garam dan perasa secekup rasa dan biarkan sehingga 5 minit. Selepas itu masakan sudah siap untuk dihidangkan.
Untuk pengetahuan semua, soup ini boleh dimakan beserta dengan roti perancis atau roti gardenia ikut cita rasa masing masing. Cheeff pasti RESEPI yang Cheeff beri iaitu CHEEFF ASAM PEDAS SOUP EKOR TERISTIMEWA ini akan memuaskkan dan memberahikan puan puan dan para para ibu kita dan Cheeff pasti sisuami akan menyayangi anda semua.SELAMAT MENCUBA.....

Hahahahaaaaaa ...Cheeff nak pergi senaman kuruskan perut yang buncit
Posted at 10:15 pm by cheeff
Permalink
Thursday, November 03, 2005
CERPEN SINGAPURA: SELAMAT HARIRAYA BUAT CHEEFF

( Pakcik nak pulang raya jumpa keluarga ke...hehehehehehe)
Selesai sudah satu bulan kita berpuasa. Ramadan pergi Syawal akan kembali. Esok kita akan menyambut HariRaya AidilFitri. Mohon ku ampun dan maaf zahir bathin buat semua peminat Cheeff terutama sekali pada KakSab, Bobooi, Masmerah, NenekSariah, Alzain, Basita, Adikcomel, Raszain, Nonleo, Ncc, Zu408 dan lain lain.
"Salamun alaikum, kerana kamu telah bersabar." Sangat baiknya tempat kediaman muktamad."(Surah Ar Raad 13 Ayat: 24)
Cheeff harap semua akan berbahagia di HariRaya AidilFitri ini. Dan tidak lupa juga disini Cheeff ada sediakan RESEPI TERBAIK dan TERISTIMEWA untuk semua iaitu RENDANG KELUARGA CHEEFF di hari yang berbahagia ini. Kalau puan puan dan ibu ibu ingin salin RESEPI TERBAIK CHEEFF ini silalah salin dengan segera.
RENDANG KELUARGA CHEEFF
BAHAN BAHANNYA
1kg daging lembu(dipotong dadu dan direbus hingga empok)
5 batang serai (dihiris halus) }
5 ulas bawang putih }
10 ulas bawang kecil }
1inci halia } Kesemua bahan bahan
3 biji bawang besar } ini dikisar hingga halus
1 inci langkuas }
1 sudu makan ketumbar }
1 sudu teh jintan manis }
1 sudu teh lada hitam }
30 sen lada padi }
30 sen lada merah }
2 sudu rempah daging
20 sen daun selasih
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
2 sudu makan gula
Garam sekucup rasa
500ml air daging rebus
CARA CARA MEMBUATNYA
1.Panaskan minyak kemudian tumiskan 3 bawang yang dihiris dan kesemua bahan bahan yang telah dikisar tadi ditumis beserta rempah daging sekali hingga wangi baunya.
2.Sesudah itu masukkan daging yang direbus tadi, air daging, limau purut, daun salam, daun selasih lalu dikacau hingga rata dan biarkan ia empuk dan pekat.
Emmmmm......Cheeff rasa ibu ibu masih ada masa lagi untuk mencuba RESEPI TERBAIK CHEEFF ini iaitu RENDANG KELUARGA CHEEFF yang TERISTIMEWA ini. Cubalah sekarang, Cheeff pasti ia akan mengoda para tetamu ibu ibu disana. SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDILFITRI dari Cheeff yang istimewa ini.

(Yaaahoooo.......Cheeff joget gila nak sambut Hariraya esok)
Posted at 01:57 am by cheeff
Permalink
Sunday, October 30, 2005
CERITA SINGAPURA: KAU MENAWAN HATI
Kenapa merajuk nie, tak dapat si dia ke?)
Rupamu begitu menawan sekali.
Bentuk badanmu yang begitu seksi membuatku terpesona.
Berpakaian berwarna warni dengan bauwanmu yang menusuk hidungku,
Membuat aku begitu rakus ghairah memilikimu.
Apakah keistimewaanmu sehingga semua ingin meniru gayamu?
Aaaaaahhhhhh.......kalau hendak tahu apa yang disebut sebut diatas tiu ialah KEK MARBLE CHEEFF CHERRY COKLAT yang paling TERBAIK untuk jamuan di hari lebaran yang hampir tiba. Sudah masuk 26 hari kita berpuasa dan tinggal 4 hari saja memperjuangkan ibadat puasa. Sambil itu pula, Cheeff pasti para para ibu yang dihormati masih lagi sibuk membuat KUIH MUIH HARIRAYA.
Masih ada masa lagi puan puan dan ibu ibu, jangan risau dan kelamkabut. Cheeff akan sediakan berbagai bagai RESEPI KUIH MUIH RAYA dan juga RESEPI MASAKAN TERBAIK CHEEFF sempena menyambut HARIRAYA AIDILFITRI yang hampir tiba.
Banyak coloteh pula Cheeff ini. Kalau begitu salinlah RESEPI KEK RAYA CHEEFF ini........
KEK MARBLE CHEEFF CHERRY COKLAT
BAHAN BAHANNYA
6 Biji Telor
50 ml air putih
15g overlett
11/2 sudu makan cherry paste
11/2 sudu makan coklat paste
Secukup warna merah
220 tepong hong kong
60g tepong gandum
200g mentega (dipukul dan didebuk)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
300g gula halus
CARA CARA MEMBUATNYA
1.Semua bahan bahan itu dipukul jadi satu. Kecuali mentega, cherry paste dan coklat paste.
2.Setelah adunan itu menjadi kental, masukkan mentega dan kacau hingga rata lalu dibagi tiga.
3.Campurkan perasa coklat, cheerry dan vanilla. Kemudian disusun seperti kek marble biasa.
4.Bakar diloyang dengan ukuran size 10x7x3. Suhu oven 150 C selama 45 minit lamanya.
CARA CARA MENYUSUN KEK
Ambil sesenduk adunan warna vanilla. Taroh ia ditengah tengah loyang dan diikuti dengan warna coklat dan cherry. Tompok tompokkan cara begini sehingga selesai.
Senangkan cara membuatnya. Cheeff harap para ibu ibu disana senang mencubanya. Kalau tidak cuba tidak tahu. Dan Cheeff yakin KEK MARBLE CHEEFF CHERRY COKLAT ini dapat menawan ibu ibu. SELAMAT MENCUBA
(Cheeff nak pergi sembahyang tarawih)
Posted at 11:53 pm by cheeff
Permalink
Friday, October 28, 2005
CERPEN SINGAPURA: BULAN RAMADAN SIBUK BUAT KUIH
 ( Kesian encik abang kita, letih ke berpuasa....Haiiii apa dibuatnya ayam hitam bertenggek atas bahu?)
Setiap kali datang saja bulan Ramadan, yang paling sibuk sekali ialah ibu ibu dan para para isteri sibuk buat kuih sampai ada yang tidak sempat hendak layan suami. Dalam kepala otak mereka ialah persiapan KUIH KUIH RAYA dan JUADAH JUADAH HARIRAYA. Itulah ragam menjelang HARI RAYA. Yang sisuami pula, pening kepala melayan kerenah siisteri. Asyik...... bang beri duit sikit, hendak beli bahan KUIH MUIH HARIRAYA. Mau tidak mau pun sisuami terpaksalah melayan kehendak siisteri.
Kesian sisuami Cheeff tenggokkan. Tapikan di bulan puasa ini, kenalah sisuami banyak banyak bersabar. Lagipun setahun hanyalah sekali. Cheeff rasa apa salahnya kalau sisuami itu berzakat sedikit pada siisteri setahun sekali. Apa salahnya. Tentu tiada masalahkan. Cheeff sarankan pada sisuami supaya 'advancedkan' duit sedikit dan bersiap sedia duit zakat itu lebih awal untuk tahun depan. Jadi tidaklah kepala pening atau porak peranda rumahtangga bergaduh pasal persiapan MENJELANG HARIRAYA AIDILFITRI nanti. Teringat Cheeff tentang Firman Allah Ta'alla yang bermaksud:
"Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya."(Surah Al Ahzab 33 Ayat :33)
Hai cakap punya cakap sampai terlupa Cheeff hendak beri RESEPI CHEEFF TERBAIK untuk hari ini. RESEPI hari ini Cheeff sediakan atas permintaan puan LIEZA kita itu. Pada pengetahuan Cheeff, tidak ada nama KUIH LOYANG. Setahu Cheeff KUIH LOMPANG tu adalah. Tetapi tidak mengapa, tanpa menghampakan harapan dan permintaan puan LIEZA kita itu. Hari ini Cheeff ada sediakan RESEPI SPECIAL HASIL BUATAN CHEEFF sendiri iaitu deng deng deng.............
RESEPI CHEEFF TERBAIK dan TERISTIMEWA pada hari ini ialah KUIH LOMPANG CHEEFF PERASA JAGUNG yang TERBARU dan TERKINI masa kini. Kuih ini juga boleh dijadikan KUIH RAYA tahun ini kerana Cheeff sudah buat experiment, hasilnya begitu memuaskan dan power dan bahan geniuenya tentulah isteri Cheeff dan anak kesayangan Cheeff itu. Mereka pun sudah merasanya. Jawapan dari mereka ialah POOWEER. Kalau puan LIEZA ingin mencubanya, silakan salin RESEPI CHEEFF yang POWEER INI.................
KUIH LOMPANG CHEEFF PERASA JAGUNG

BAHAN BAHANNYA
1 bungkus tepong jagong
1 cawan air kelapa putih (Kelapa putih diparut dan diperahkan)
1/2 kilo gula (Dimasak gula itu dan disejukkan seketika)
1 cawan perasa jagung atau 1 cawan biji jagung yang direbus dan kisar halus
Sedikit bahan pewarna merah dan hijau
2 helai daun pandan
1/2 biji kelapa putih yang diparut
20 tenpat acuan kaca kecil kuih lopang
CARA CARA MEMBUATNYA
1. Campurkan air kelapa putih dan air gula bersamaa tepong beras, perasa jagung atau kisaran jagung dan sedikit air kedalam tempat bekas dan dikacaunya hingga rata. Biarkannya selama 10 minit supaya tepong beras itu kembang.
2. Sediakan 3 bekas koleh dan tuangkannya campuran tepong beras itu kedalam ketiga tiga bekas itu. Serta masukkan pewarna merah pada koleh pertama dan pewarna hijau pada koleh kedua dan koleh ketiga dibiarkan warna asalnya. Kacau rata rata semua bancuahn itu.
3. Sediakan kukusan panas dan masukkan daun pandan kedalan kukusan supaya ia berbau wangi. Masukkan semua acuan acuan kaca kecil itu untuk dikukus selama 1 minit supaya bancuhan itu tidak melekat.
4.Selepas itu tuangkan bancuhan itu kedalam setiap acuan kaca kecil ikut cita raa masing masing dan kukuskannya selama 15 minit.
5. Selepas kuih lopang itu masak, dicungkilnya dengan perlahan menggunakan pisau kecil atau sudu dan boleh disediakan diatas piggan hidangan beserta taburan kelapa putih yang dikukus di atas KUIH LOMPANG tadi. (PERINGATAN: Kelapa putih hendaklah dikukus untuk menggelakkanya menjadi basi dan berbau).
Eemmmmm..........itulah dia puan LIEZA kita, hasil buatan dan experiment Cheeff yang TERKINI dan KUIH TERBAIK serta ISTIMEWA pada hari ini iaitu KUIH POWER dan LAZAT.......... KUIH LOMPANG CHEEFF PERASA JAGUNG khas untuk puan LIEZA kita.
Haaiiiii......dah penat Cheeff membebel dan berbual pasal KUIH RAYA. Cheeff dah hendak belah nii. Sampai berjumpa lagi. Byeeeee.......

(CHEEFF BORING NAIK MOTOR NAK KE BAZAR GEYLANG)
Posted at 04:35 pm by cheeff
Permalink
Thursday, October 27, 2005
BISKUT KACANG KRUFFLES CHEEFF UNTUK AIDIL FITRI YANG MULIA
(Hai bang....takkan dah masuk 23 hari berpuasa pun perut tu masih menggelebeh. )
Bulan Ramadan yang penuh keberkatan telah sampai ke penghujungnya. Sudah 23 hari kita berpuasa. Tidak lama lagi Syawal menjelang dan kita umat Islam diSingapura akan menyambut Hariray Aidil-Fitri. Di pagi Syawal I’dul Fitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadan telah berjaya. Tapi ini bukan bererti perjuangan tersebut berhenti setakat itu sahaja sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan wajar diteruskan dan amalan yang haram adalah ditegah .
Namun dalam keghairahan dan kegembiraan menyambut hari raya yang mulia, umat Islam diingatkan agar jangan melampaui lunas-lunas dan batasan yang telah ditetapkan oleh Islam. Ini kerana dibimbangi, HARIRAYA yang dijadikan oleh Allah swt sebagai anugerah kerana kejayaan hambanya beribadah dan berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang bulan Ramadan.
Islam telah memberikan beberapa garis panduan yang sewajarnya menjadi amalan umat Islam dalam menghadapi kemeriahan berhari raya. Antara amalan sunat yang dianjurkan untuk menjadi amalan menjelang hari raya ialah :-
Bertakbir dan bertahmid kepada Allah bermula dari waktu terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya.
Firman Allah :
"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur"(Surah al-Baqarah :185)
Cheeff juga disini ingin berpesan pada ibu ibu disana jangan sampai membazirkan wang untuk persiapan HARIRAYA ini. Jangan juga terlalu boros hingga semua simpanan habis dikeluarkan unutuk buat KUIH RAYA. Kita ini hendak sampai ke penghujung tahun. Mestilah bersiap sedia untuk perbelanjaan buku buku sekolah anak anak kita. Kan nati asyik sibuk buat kuih, beli baju baru, beli langsir baru dan beli perabot baru, duit semua dah habis. Gigit jari.....
Ini hanya pesanan Cheeff saja. Tapi tidak mengapa, mari kita fikirkan untuk RESEPI KUIH RAYA hari ini. Daaahhh masuk hari ke 23 kita berpuasa. Tinggal 7 hari saja. Hari ini Cheeff ada sediakan RESEPI TERBAIK dan TERISTIMEWA untuk para para ibu iaitu BISKUT RAYA KACANG KRUFFLES CHEEFF. Tanpa buang masa lagi marilah salin RESEPI TERBAIK CHEEFF ini.............................
BISKUT RAYA KACANG KRUFFLES CHEEFF
BAHAN BAHANNYA
1 BUNGKUS BISKUT COKLAT(BUANG ISINYA DAN PATAH PATAHKAN)
100 GRM KACANG METE GORENG
200 GRM WHITE COOKING COMPOUND
2 SDM HUNDRED THOUSAND (BIJI BIJIAN HIASAN KUEH)
PAPER CUP KECIL
CARA CARA MEMBUATNYA
1. Siapkan paper cup. Isikan dengan potogan biskut dan kacang mete goreng.
2. Lelehkan white cooking chocolate kedalam paper cup. Biarkan seketika hingga mengental.
3. Taburkan hundred thousand.
4. Selepas itu dinginkannya.
Niee..............apa kena Nieee......asyik RESEPI TERBAIK BISCUTHARIRAYA..Asyik asyik biskut....asyik asyik biskut. Bukan apa puan puan dan para para ibu budiman, dulu masa kecil kecil Cheeff meang suka makan biskut disekolah rendah. Sampai bawa bekal bickut dalam beg. Ada masanya kena kebas dengan kawan kawan sedarjah Cheeff pun ada. Sebab itu terkenang masa sekolah rendah dahulu, datanglah idea hendak buat KUIH BISKUT ini. Lagi lagi kalau hendak jelang HARI RAYA AIDILFITRI YANG BERBAHAGIA ini, sibuklah Cheeff hendak buat kuih inilah....kuih itulah. Kalau puan puan dan ibu ibu sudi cubalah RESEPI KUIH HARIRAYA AIDILFITRI Cheeff ini. SELAMAT MENCUBA.
CHEEFF MAIN GITAR LAAAH
Posted at 09:24 am by cheeff
Permalink
Tuesday, October 25, 2005
CERPEN SINGAPURA: MALAM LAILATULQADAR

"Sungguh Kami telah menurunkannya (Al-Quran) di malam Qadar. Tahukah engkau apa itu malam Qadar? Malam Qadar itu jauh lebih baik dari seribu bulan. Pada malam Qadar turunlah para para malaikat. Dan Malaikat Jibril pada malam itu, atas izin Tuhan, melaksanakan segala urusannya menyangkut kesejahteraan malam Qadar hingga fajar tiba," (Surah Al-Qadar Ayat:1-5)
Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri di dalam bulan Ramadan meningkatkan berbagai-bagai bentuk ibadah, lebih-lebih lagi di sepuluh terakhir bulan Ramadan. Bahkan diriwayatkan, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pada sepuluh terakhir bulan Ramadan, Baginda bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat yang mana perkara ini tidak dilakukan oleh Baginda di bulan-bulan yang lain. Daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata:
Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersungguh-sungguh (mengerjakan amal ibadat) di puluhan yang terakhir (bulan Ramadan), apa yang baginda tidak kerjakan di puluhan terakhir (bulan-bulan) yang lain."(Hadits riwayat Muslim)
Sudah masuk 21 satu hari kita berpuasa. SyukurAlhamdullillah Cheeff dapat bertahan hingga ke hari ini. Tidak lupa juga Cheeff pada malam LailatulQadar yang mulia ini. Pada malam hari banyak juga Cheeff beribadah seperti membaca Al Quran secara berTARANUM, berzikir, sembahyang dan sebagainya. Eeeeee....Sibuk betul Cheeff ni, mana hendak layan permintaan permintaan peminat Cheeff tentang RESEPI RESEPI TERBAIK DAN TERBARU LAGI TERKINI, macam macam saja ajer.
Tapikan puan puan dan ibu ibu, buat kuih raya buat juga.....jangan sampai terlupa hendak beribadat dimalam LailatulQadar. Tidak elok tu. Aaaahhhh....terapi tidak mengapa, hari ini Cheeff ada sedaikan RESEPI UNTUK MALAM LAILATULQADAR iaitu Cokelat Cheeff KORMA Almond. Bolehlah ibu ibu sediakan kuih cokelat ini unutk hari lebaran yang akan datang tidak lama lagi. Kalau begitu salinlah:
COKELAT CHEEFF KORMA ALMOND

BAHAN BAHANNYA
30 BIJI KORMA ARAB/TURKI/IRAN ASALKAN ARABLAA
30 BUAH ALMOND UTUH YANG SUDAH DI KUPAS(PANDAI PANDAI CARI)
200 GRM WHITE COOKING CHOCOLATE(DI SUPERMARKET ADA BANYAK)
50 GRM DARK COOKING CHOCOLATE COMPOUND( DI SUPERMARKET PUN ADA)
LELEHKAN DAN MASUKKAN KEDALAM KANTONG SEGITIGA
CARA CARA MEMBUATNYA
1. Buang biji kurma, isiskan dengan almond tadi dan tutup kenbali
2.Celupkan kurma kedalam white cooking chocolate hingga terbalut semua dan dinginkannya.
3.Hiaskan dengan dark cooking compound.
4.Akhir sekali masukkannya kedalam paper cup.
Senang bukan ibu ibu dan puan puan semua. Cheeff harap ibu ibu akan mencubanya dan dapat dihidangkan untuk tetamu diHARI RAYA AIDIL FITRI ini. Cheeff rasa yang pertama sekali serbu RESEPI COKELAT CHEEFF KURMA ALMOND ini ialah kanak kanak. Mereka tentu suka pada cokelat bukan. Jadi selamat mencuba untuk semua. Byeeeee.....
.
Posted at 05:56 pm by cheeff
Permalink
Monday, October 24, 2005
KEK TERBAIK CHEEFF DI HARI LEBARAN

Tinggal 10 hari saja aku akan berpuasa.
Dengan kesabarlah aku menunggu sepuloh hari itu berlalu hari demi hari.
Namun perjuangan ku pasti akan menuju kemenangan yang indah.
Keindahan yang penuh bererti lagi menawan.
Kesyukuran yang ingin ku luahkan padaMu Ya Allah.
Keikhlasan dan kemaafan yang ingin ku hulurkan pada keluarga dan kerabatku.
Ku mohon maaf dipagi lebaran tanda kesyukuran tiada terkata.
Kembali lagi Cheeff pada semua peminat Cheeff. Pada sesiapa yang jenggok jenggok dan mengendap RESEPI TERBAIK CHEEFF itu, sudahlah tu dan janfgan buang masa di bulan RAMADAN yang mulia ini. Mari cepat cepat salin RESEPI CHEEFF hari ini iaitu RESEPI KEK DURIAN BERGULUNG CHEEFF.
Cheeff akan sadiakan RESEPI KEK KEK, RESEPI COKLAT HARI RAYA, KUIH HARI RAYA, JUADAH HARI RAYA, serta MASAKAN LAUK PAUK HARI RAYA TERBAIK lagi TERBARU, TERKINI,TERISTIMEWA ......semuanya TERRRRRRRR.......LAH insyaalah Cheeff akan sediakan semua MENU DAN RESEPI ini hanya pada sepuloh hari terakhir kita berpuasa.Untuk para para ibu ibu marilah sediakan KEK LEBARAN CHEEFF ini untuk tetamu ibu ibu. kalau begitu ambil pencil dan kertas jomm mari salin RESEPI TERBAIK CHEEFF YANG MASYUR ini iaitu KEK DURIAN BERGULUNG CHEEFF TERBAIK. Salinlah dengan segera.......
KEK DURIAN PANDAN BERGULUNG CHEEFF
BAHAN BAHANNYA
5 BIJI TELUR
200 GRM GULA KASTOR
300 GRM TEPONG GANDUM
1 SUDU BESAR ESEN PANDAN
1 SUDU TEH SERBUK PENAIK
8 BIJI DURIAN ( BIJINYA DIBUANG)
SEDIKIT PERWARNA HIJAU
SEDIKIT GEM (MENGIKUT PILIHAN PERISA MASING MASING)
CARA CARA MEMBUATNYA
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang
2. Masukkan esen pandan, perwarna hijau dan durian kedalam adunan gula itu.
3. Setelah itu masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit kedalam adunan telur tadi sambil dibalik balik hingga rata.

4. Sediakan dulang pembakar, sapukan minyak dan tuangkan adunan kedalam dulang pembakar dan bakarkannya sehingga masak.
5. Apabila telah masak, terapkan keatas kertas minyak dan potong keliling bahagian kek yang keras.
6. Setelah itu sapukan gem diatasnya dan gulungkannya dengan kemas.
PERINGATAN
Masa membakar: 45 minit
Suhu Ketuhar : 160 C
Cheeff pasti di hari lebaran ini puan puan dan para ibu ibu akan sediakan pada para tetamu jamuan KEK DURIAN PANDAN BERGULUNG CHEEFF yang TERBAIK lagi TERISTIMEWA ini. Jangan bimbang dan ragu puan puan dan ibu ibu, kalau ada masaalah...... just tanya Cheeff yang bijaksana lagi termasyur dalam bidang RESEPI MASAKAN TERBARU DAN TERBAIK. Insyaallah Cheeff sedaya upaya akan urukannya. SELAMAT MENCUBA.......
Posted at 11:59 am by cheeff
Permalink
Tuesday, October 18, 2005
CERPEN SINGAPURA: RAGAM DIBULAN RAMADAN

"Sesungguhnya selepas berbuka puasa, akibat terlalu kenyang, janganlah muka kamu berubah seperti demikian"
Terfikir dalam fikiran aku, hari ini aku hendak buka apa yer? Kalau aku buka CENDOL MAMAK pun sedap juga. Kalau aku buka ROTI NAAN TANDOORI yang di Serangoon Rd pun sedap juga. Tidak mengapa.....nanti aku suruh abang aku belikan ROTI NAAAN TANDOORI diSerangoon tu. Tapiii.......kalau makan NASI BERYANI YUSUF di Kandahar Street lagi POWER.
Hai...macam macam aku ni, puasa tidak seberapa, asyik sibuk dengan makanan saja. Hendak makan CENDOL MAMAK lah, ROTI NAAN TANDOORI lah, NASI BERYANI YUSUF lah dan macam macam lagi. Kalau di bulan puasa ini, macam macam godaan, dugaan dan cobaan berlaku. Lagi lagi kalau hendak dekat berbuka puasa. Kalau boleh semua hendak makan. Lepas berbuka.....haaaa lepak macam ular sawa, terbokang dibuatnya. Yok....mari kita tanya Cheeff yang BIJAK BISTARI. Apakah RESEPI TERBAIK lagi TERBARU dan TERISTIMEWA untuk BERBUKA PUASA pada hari ini.
Firman Allah Ta'alla bermaksud:
"Maka makan dan minumlah, dan bergembiralah (berdingin mata); dan jika kamu melihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun." (Surah Maryam 19 Ayat :26 )
Haaaa...puan puan dan para ibu ibu, hari ini Cheeff ada sediakan RESEPI SPECIAL lagi TERBAIK untuk semua menjamu selera pada petang ini iaitu NASI CLAYPOT CHEEFF BERKELEDEK KENTANG. Pada petang ini, kalau makan beramai ramai bersama keluaga NASI CLAYPOT CHEEFF yang TERBARU dan TERBAIK ini pasti best dan power. Cheeff tahu, pasti ibu ibu disana sudah tidak sabar hendak mencubanya.
Untuk KAK SAB, MASMERAH, WARDAH, LADYPRETTYBARA, KUNCUP, ZU408, BASITA, MAKCIK SARIAH, NONLEO, ADIKCOMEL apa yang hendak ngendap lagi.  Salinlah RESEPI CHEEFF yang TERBAIK ini.....Kalau tidak salin menyesal nanti.
NASI CLAYPOT CHEEFF BERKELEDEK KENTANG
BAHAN BAHANNYA
NASI BIASA (2 MANGKOK)
1 BATANG KELEDEK (DIPOTONG DADU DAN DIGORENG)
1 BIJI KENTANG (DIHIRIS BULAT KECIL DAN DIGORENG)
200gm DAGING (DIPOTONG DADU KECIL DAN DIREBUS EMPUK)
200gm UDANG (BERSIHKAN DAN DIBELAH DUA)
8 BIJI JAGUNG MUDA (DIHIRIS KECIL KECIL)
1 SUDU KACANG SNOWPEAS
1 BIJI LOBAK MERAH (DISAGAT HALUS)
1/2 CAWAN BUNGA KOBIS (DIPOTONG TIPIS)
BAHAN BAHAN TUMISKAN
8 KEPING CHILLI KERING }
5 BIJI BAWANG PUTIH }
1 HIRIS LANGKUAS } SEMUANYA DI KISAR HALUS
1 BIJI BAWANG BESAR }
1 BIJI IBU JARI HALIA }
2 SUDU MAKAN UDANG KERING}
2 SUDU MAKAN SOS TIRAM
2 SUDU DARK SOYA SOS
1/2 SUDU MINYAK BIJAN
1 SUDU SERBUK LADA PUTIH
1/2 SUDU PERASA
CARA CARA MEMBUATNYA
1. Tumiskan semua bahan bahan kisar kedalam kuali yang panas hingga garing dan masukkan udang beserta daging dan kecilkan apinya. Masukkan sos tiram, dark soya sos, minyak bijan, serbuk lada putih dan perasa serta gaulkannya hingga rata.
2. Selepas itu masukkan semua sayuran sampai setengah masak. Pastikan apinya sentiasa kecil supaya tidak hangus.
3. Masukkan nasi, keledek dan kentang gaulkanya hingga rata selama 5 minit. Selepas itu matikan apinya.
4. Siakan sebuah Claypot (Kalau beli Claypotnya biarlah sedarhana). Panaskan Claypot itu, sapukannya dengan sedikit minyak. Masukkan nasi kedalam Claypot serta tutup Claypot itu dan bakarkannya sehingga 5 minit.
5. Untuk cantikkan NASI CLAYPOT CHEEFF BERKELEDEK KENTANG itu, hendaklah dihiasi dengan hirisan lada merah, daun ketumbar serta hirisan tomato sedikit.
Eeemmmmmm.........Cheeff rasa pasti berselera dan sedap MENU serta RESEPI TERBAIK lagi TERBARU kali ini untuk para para ibu mencubanya pada petang ini. Cheeff pasti RESEPI NASI CLAYPOT CHEEFF BERKELEDEK KENTANG ini dapat menawan hati cik abang disana. Hingga bertemu lagi di bulan RAMADAN ini. Jangan takut....Cheeff akan kembali lagi dengan bergbagai bagai RESEPI RESEPI TERBAIK dan TERBARU lagi TERISTIMEWA untuk semua byeeeee.....
Posted at 03:34 pm by cheeff
Permalink
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
CUBA ANDA TEKA BINATANG APA DIDALAM GAMBAR INI. SELAMAT MENCUBA.???
ASSALAMU'ALAIKUM
SALAMSEJAHTERA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM SELAMAT DATANG KE BLOG CHEEFF DI SINGAPURA
NAMA Cheeff(Ketua)JANTINA Lelaki TINGGAL Singapura STATUS Berkahwin PERKERJAAN Berkerja HOBI MEMASAK RESEPI BARU, RESEPI SINGAPURA, RESEPI PILIHAN, RESEPI TERBAIK SINGAPURA, FESYEN BAJU TERBAIK, BARU, CANTIK, MEMBACA AL QURAN,MENDENGAR TARANUM AL QURAN, BACAAN QARI QARI MESIR, ARAB, SINGAPURA, MALAYSIA, INDONESIA, TIMUR TENGAH, BACA CERITA SERAM, CERPEN CERPEN TERBAIK SINGAPURA, CERITA PILIHAN, CERPEN CERPEN CINTA SINGAPURA, SUKA BACA PUISI CINTA, PUISI PILIHANDAN TERBAIK DAN BERJIWA SENI MUZIK ARAB.
CITACITA Manusia Yang Berguna Untuk Masadepan
dan Ketua,sebab itu nama saya Cheeff
SUKA Perkara yang membangun diri dan menuntut
ilmu seni lagu taranum Al Quran sepanjang hayat TAK SUKA Orang yang malas,kecewa,putus
asa,aniaya diri,bodoh,degil,ungkal,kikir
dan sebagainya HARAPAN Dunia Al Quran Membangun dan Maju
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
Al Quran Link
1) Sukarelawan Jemaah Iqra' 2) Qari Melayu 3) Rumah Maal 4) Qari Singapura 5) IkhlasBaik 6)Aswatalislam
7)Islamway
8)HarunYahya
KAWAN'S
BLOG
Jiwaapa, Bobooi, Asalaku, Boleh, Modnoy, Ceritaaku, EFx2, Kawanku, LaguHidup, Mamz99, MohdKawan, Nuh, Peminat, Terang, Tilawah, Ampun, Ariff66, Orangbaru's,
786qari, DakwahHati, Kalbu, Masmerah, BisikanHati, IbadahKu, Mar70, Basita, QQari67, Katakami, CyberMukmin, MayangSari, Menjel, Sariah, Adikcomel, PakUda, Raszain, Nonleo, Alzn, Zu408, Ncc, Kembarasepi,
CahAyu,
AcidMaisya
TETAMU CHEEFF YANG TERHORMAT
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |