Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.usCHEEFF NAMAKU. AKU MINAT RESIPI MASAKAN BARU. RESEPI PILIHAN DAN TERBAIK SINGAPURA ADALAH CITARASAKU. RESEPI MASAKAN TERKINI AKAN KU CUBA PAMERKAN DAN PAPARKAN DALAM BLOGKU INI. SUDAH BERTAHUN PENGALAMAN DALAM BIDANG MASAKAN. SELAIN ITU ADA CERITA CERITA KEHIDUPAN HARIANKU DISINGAPURA YANG BOLEH DIIKTIBARKAN.



Monday, October 10, 2005
CERPEN SINGAPURA DIBULAN RAMADAN: RASA RESEPI CHEEFF




Allah Ta'alla berfirman:
"Dihalalkan bagi kamu buruan laut dan makanannya(ikan)sebagai kesenangan bagimudan bagi orang orang yang berjalan...(Surah Al Maidah 5 Ayat:96)

Ikan adalah sumber protein yang penting untuk tubuh badan selain daripada daging dan ayam. Tidak dinafikan bekalan protein yang mencukupi amat penting sekali dalam tubuh badan kita supaya kelihatan senantiasa sihat lagi cergas. Lagi lagi dibulan puasa ini, protein boleh membekalkan tenaga yang mencukupi untuk seseorang disiang hari yang sibuk dengan tugas masing masing.

Tidak kira kalau kita memilih ikan itu adalah dari ikan air tawar atau iakan air masin. Jika kena gaya dan cekapnya memasak, pasti akan membuka selera pada sesiapa ketika berbuka puasa nanti.

Kalau untuk diri Cheeff, ikan favourite Cheeff ialah ikan cencaru. Ikan cencaru ini boleh dibuatnya bermacam macam gaya. Ada orang makan dengan cecah kicap manis. Ada pula masak celok, ada pula yang masak lemak dan berbagai bagainya.


Aaaaahhhhhh..........pada hari ini Cheeff nak masak ikan cencaru ini dengan RESEPI ISTIMEWA lagi TERBAIK iaitu IKAN CENCARU CHEEFF MASAK BERLADA BERLADO. Apa macam..... heran tak dengan namanya. Cheeff rasa pasti heran dan pelik. Itu semua tidak pasal, yang pentingnya rasanya mesti sedap dan power. Kalau awak awak semua sediakan untuk cik abang awak semua, pasti cik abang awak makin bertambah sayanglah pada awak awak.

Disini juga Cheeff ingin nasihatkan, pilihan pada ikan ikan itu mengikut citarasa masing masing. Tidak semestinya ikan cencaru. Ikan yang lain juga boleh untuk puan puan memilihnya.

Tetapi jangan lupa puan puan, kalau sedang memasak tu bukalah bacaan bacaan berlagu berTARANUM AL QURAN  dari (sila klik) QARI QARI MESIR seperti SHEIKH MUSTAPA ISMAIL, SHEIKH ABU EL ENIN SHEI'SHA, SHEIKH MUTTAWALLI, SHEIKH ABD BASIT supaya dapat berkat makanannya sambil mendapat santapan rohani di bulan yang mulia ini. Kalau puan puan hendak dengar clip QARI QARI MESIR itu baca, sila click pada perkataan QARI QARI MESIR dan SHEIKH SHEIKH yang berwarna diatas.

Kalau begitu jangan buang masa lagi, salinlah RESEPInya sekarang juga....


IKAN CENCARU CHEEFF MASAK BERLADA BERLADO


BAHAN BAHANNYA

1kg Ikan Cencaru( dibersihkan)
20gm chilli padi
10gm chili merah
10gm chilli hijau
30gm halia
50gm bawang merah
10gm bawan putih
20gm kunyit hidup
20gm buah keras
2 batang serai(dihiriskan kecil kecil)
1 langkuas saiz ibujari
6 helai daun limau purut
Garam dan perasa
Sedikit minyak jagung ikut sukatan masing masing


CARA CARA MEMEBUATNYA

1. Ikan Cencaru itu digaul dengan sedikit garam dan digoreng dalam kuali yang panas sehingga garing.

2. Bahan bahan seperti chilli padi, merah, hijau, halia, bawang merah, putih, kunyit hidup, buah keras, serai, langkuas, semuanya dikisar dahulu dan tumiskan kedalam kuali yang panas.

3. Jaga bahan bahan yang ditumis itu dan gaulkan sama rata supaya tidak hangus. Gunakan api yang kecil. Setelah itu barulah masukkan daun limau, garam dan perasa secukupnya. Tunggu hingga 5 minit supaya bau harum limau purut itu naik.

4. Setelah naik minyak dan baunya, barulah siramkannya diatas ikan cencaru dengan semerata sekali.

Maka siaplah RESEPI CHEEFF yang TERBAIK dan TERISTIMEWA pada hari ini untuk sesipa yang ingin mencubanya. SELAMAT BERBUKA PUASA.....







Posted at 03:43 pm by cheeff
Comment (1)  




Friday, October 07, 2005
CERPEN SINGAPURA: MARHA YAA RAMADAN



Allah Ta'alla berfirman:

"Bulan Ramadan yang padanya Al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan, dan mengagungkan Allah, bahawa Dia telah memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih."(Al Baqarah 2 Ayat 185)


Nabi saw bersabda: "Puasa dan al-Qur`an, keduanya akan menjadi penolong bagi hamba pada hari Kiamat. Pada hari itu puasa berkata: 'Tuhan, aku telah melarang orang ini dari makanan dan syahwatnya di siang hari, maka jadikanlah aku penolong baginya'. Dan al-Qur`an pada saat itu berkata: 'Tuhan, aku telah melarang orang ini tidur di waktu malam, maka jadikanlah aku penolong baginya'. Maka, keduanya pun jadi penolong" (HR. Imam Ahmad, al-Thabrani, al-Hackim, dan al-Bayhaq, dari Ibn 'Umar).



Selamat menyambut bulan Ramadan Cheeff ucapkan untuk semua peminat Cheeff disini. Pada bulan Ramadan ini, Cheeff akan sediakan beberapa RESEPI RESEPI TERBAIK lagi ISTIMEWA untuk peminat Cheeff.

Cheeff juga akan memperkenalkan beberapa RESEPI RESEPI TERBARU dan TERKINI untuk kaum HAWA mencubanya di bulan puasa yang mulia ini. Cheeff harap pada kaum HAWA disana jangan segan segan dan pilu untuk mencuba supaya boleh disediakan untuk kaum ADAM berbuka puasa nanti.

Pada hari ini, Cheeff ada sediakan RESEPI SPECIAL untuk semua berbuka puasa petang ini. RESEPI yang Cheeff maksudkan ialah RESEPI BUBUR CHEEFF ALA NANGKA PISANG. Bubur ini Cheeff sudah pun mencubanya. Emmmmmmmm...........sedapnya tidak terkata kau. Lagipun ia juga mensejukkan badan kita. Maklumlah sejak kebelakangan ini cuaca agak panas sedikit. Eloklah puan puan mencubanya. Kalau begitu salinlah RESEPInya dibawah ini...... 



BUBUR CHEEFF ALA NANGKA PISANG




BAHAN BAHAN A

200G TEPONG PULUT
PEWARNA HIJAU
AIR KAPUR
250G AIR


BAHAN BAHAN B

1000ML SANTAN
200G ISI NANGKA(YANG DIHIRIS)
3 BIJI PISANG( DIPOTONG BEBERAPA KERATAN)
100G SAGU MERAH(YANG DIMASAK)
180G GULA PASIR
4 HELAI DAUN PANDAN


CARA CARA MEMBUATNYA



CAMPURKAN SEMUA BAHAN BAHAN A DAN ULI SERTA GAULKANNYA HINGGA SEBATI. KEMUDIAN BENTUKKANNYA SEPERTI BIJI NANGKA.

REBUSKAN DI DALAM AIR YANG MENDIDIH SEHINGGA TERAPONG. SETELAH MASAK KETEPIKAN BIJI NANGKA ITU DISATU TEMPAT.

MASAKAN SAGU DAN DAUN PANDAN DENGAN AIR SECUKUPNYA.

KEMUDIAN MASAKAN SANTAN DAN GULA PASIR HINGGA MENDIDIH.

AKHIR SEKALI, MASUKKAN ISI NANGKA, BIJI NANGKA, KERATAN PISANG DAN SAGU MERAH. MASAK HINGGA MENDIDIH.

PERINGATAN, ELAKKAN DARI PECAH MINYAK. ITU SAHAJA.




Emmmmmm.....................Cheeff rasa pasti sedap kalau siapa yang ingin mencubanya. Jangan menyesal kalau tidak cuba............Kaannn terkilan dibuatnya. Hingga bertemu lagi. Byeeee.........




Posted at 11:12 am by cheeff
Make a comment  




Tuesday, September 27, 2005
CERPEN TERKINI SINGAPURA: HAMBA DAN TUHANNYA





DisakitkanNya hati kita untuk seketika tetapi dengan segera disembuhkan semula kerana cintaNya.
Disusahkan sedikit kehidupan kita agar insaf, namun segera disenangkan semula seperti sediakala, itulah belaian kasihNya .
Dimurkai kita dengan turunnya malapetaka, namun tidak begitu lama kerana kasihNya.
Dipanggil-panggil kita kepadaNya, untuk memohon ini dan itu, namun tiada siapa yang peduli.
Betapa Tuhan amat melayani hambaNya, tetapi si hamba tidak peduli langsung akan kebesaran Tuhannya.
Kerana begitu sibuk dengan kehidupan sehariannya.
Kesian dan celaka hamba itu. Dia akan makan dirinya sendiri.








"Kami turunkan diantara Quran sesuatu yang menyembuhkan (penyakit hati) dan rahmat untuk orang orang yang beriman, tetapi yang demikian tiada menambah orang orang yang aniaya melainkan kerugian." (Surah Al Israak 17 Ayat: 82)


Hai...... ramainya  orang request pada Cheeff resepi resepi biskut laa, resepi steamboat laa, resepi ayam sedap laa dan macam macam lagi. Saaabaarrr......... bawa bertenang dan jangan kelam kabut. Nanti haa tercabut dibuatnya.

Haaaaa.....kan kita hendak sambut bulan Ramadan tidak lama lagi. Eloklah Cheeff berikan RESEPI ISTIMEWA dan TERBAIK untuk semua iaitu RESEPI BISKUT COKLAT KELAP KELIP. Cheeff pasti anda semua tidak pernah dengar biskut ini bukan. Yang peliknya ada kelap kelip. Apa tu kelap kelip. Kalau hendak tahu silalah salin RESEPInya:




BISKUT COKLAT KELAP KELIP CHEEFF






BAHAN BAHANNYA

400g tepong gandum
100g tepong castard
150g nestum
100g gula halus
200g mentega
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
100g coklat rice
300g coklat masak untuk dicairkan sedikit coklat rice
berwarna warni


CARA CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan tepong gandum, tepong castard, nestum, baking powder, dan coklat rice dan kemudian ketepikanya.

2. Pukul mentega dan gula hingga berwarna putih. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi higga rata.

3. Selepas itu tuangkan campuran tepong itu dan gaul rata hingga sebati.

4. Seterusnya, canaikan dan terapkan dengan acuan biscut hati atau ikut suka hati anda dan bakar selama 20 minit.

5. Sementara menuggu biskut tadi sejuk, cairkan coklat dahulu dengan mengunakan double boiling. Kemudian dicelupkan sebahagian biscut tadi kedalam coklat. Seterusnya taburkan cvoklat rice berwarna keatasnya.




Naanhhh...kan senang sekali hendak buat RESEPI TERBAIK CHEEFF BISKUT COKLAT KELAP KELIP. Bolehlah puan puan sediakan untuk jamu selera berbuka puasa atau untuk kuih tambahan diHARIRAYA nanti kelak.

Boleh tak Cheeff tahu, ada sesiapa yang sudi mencuba RESEPI BISKUT COKLAT CHEEFF diHARIRAYA ini dan sudi menjemput Cheeff kerumahnya dihariraya nanti? Kalau ada silakan tag diblog Cheeff.


SELAMAT MENCUBA BYEEeeeeeeee.................







Posted at 09:51 pm by cheeff
Comments (5)  




Tuesday, September 06, 2005
CERPEN SINGAPURA: SELEPAS SEPULOH TAHUN





Selepas sepuloh tahun barulah aku tahu mereka haiwan.
Mereka hidup bernafsukan haiwan.
Disekelilingku semuanya haiwan bertopengkan manusia.
Selepas sepuloh tahun barulah aku sedar yang mereka haiwan.
Apa yang haiwan buat dalam seharianya?

Mereka hanya tidur, bangun,  kerja, makanminum, berak dan akhirnya balik kepada tidurnya.
Itulah kerjanya seharianya. Membesarkan perut dan jasatnya.

Nasib baik aku tidak sebegitu selepas sepuloh tahun. Aku ada kerja yang lebih baik dari itu yang hendak aku lakukan. Selisih malaikat.


"Akan engkau lihat mereka itu dihadapkan kedalam neraka, dengan berhati takut, kerana(ditimpa) kehinaan, mereka melihat kedalamnya dengan sudut matanya. Berkata orang orang yang beriman: Sesungguhnya orang orang yang rugi ialah orang orang yang merigikan dirinya dan keluarganya pada hari kiamat. Ingatlah, bahawa sesungguhnya orang orang yang aniaya itu dalam siksaan yang tetap." (Surah Asy-Syuuraa 42 Ayat:45).


Pada hari ini sekali lagi terguris hati Cheeff berdarah selepas sepoluh tahun. Macam mana tak terguris, yang dulu pembantu Cheeff buat hal......yang ini pula manager Cheeff pula. Tiap tiap minggu ada saja sakitkan hati Cheeff. Agaknya dah jadi tabiatnya tak? Nasib baik ada jampi serepah yang dapat melegakan hati Cheeff. Kalau tidak apa nak jadi pun tak tahu hendak dibuatnya.

Selepas sepuloh tahun macam macam perkara yang Cheeff pelajari. Tenggok perangai orang akan mengingatkan perangai kita sendiri. Nasib baiklah ada orang nak ingatkan Cheeff. Kalau tidak Cheeff pun boleh jadi macam diorang diatas tu. Tak ada kerja yang hendak dibuat didalam dunia ini. Aaahhhhh......sekurang kurangnya, Cheeff ada sesuatu RESEPI TERBAIK YANG Cheeff nak sampaikan.

Eeeemmmmmm......pada hari ini Cheeff ingin sampaikan RESEPI TERBAIK LAGI TERISTIMEWA DAN TERBARU LAGI ENAK untuk disantap pada hari ini. Kalau hendak tahu inilah RESEPI SPECIAL CHEEFF iaitu CHEEFF IKAN BAKAR CHINANO.

Jangan terperanjat, namanya unik dan pelik sekali yang penting masak dan bedal. Asalkan sedap dimakan. Silalah salin dengan terperinci:


CHEEFF IKAN BAKAR CHINANO




BAHAN BAHANYA

4 KEPING IKAN PARI( TIDAK SEMESTINYA IKAN PARI, SEBARANG IKAN PON BOLEH ASALKAN IKAN)
400g Chilli Bo
8 biji buah keras
6 biji bawang besar
3 biji buah tomato
6 biji bawang putih
3 batang serai
6 hirisan lengkuas
1 sudu belacan
1 cawan minyak untuk menumis gula pasir atau gula melaka secukupnya
8 sudu makan cencaluk
6 sudu air dan gula
6 sudu makan kacang tanah( disangar dan ditumbuk)
Garam secukupnya


CARA CARA MEMBUATNYA

1.Panaskan minyak lalu tumiskan chilli bo itu, biarkannya selama 10 minit baru masukkan bahan bahan yang dikisar. Tumiskan hingga garing lalu masukkan garam, gula, 4 cawan air dan masakannya selama 20 minit atau sampai pekat.

2. Ikan dikukus 5 hingga 10 minit dahulu. Supaya lebih mudah unutk dibakarnya.

3. Panaskan hotplate atau kuali leper dan alas atas kuali itu dengan daun pisang yang disapu sedikit minyak masak lalu letakkan sambal yang ditumis itu dan ikan yang dikukus itu diatas daun pisang itu. Selepas itu tutupkannya dengan penutup dan biarkanya bakar selama lebih kurang 10 hingga 15 minit lamanya.

4. Selepas masak, angkatkannya lalu taburkan daun ketumbar dan dua biji limau nipis serta tabukkan kacang tanah yan g disangar.

5. Kalau lebih enak sekali dihiaskan dengan cencaluk atau kicap dicampur hirisan bawang. Ia lebih enak dimakan dengan nasi putih.




Eeemmmmmm....... sedapnya Cheeff rasa hingga baunya naik kehidung Cheeff yang mancung ini. Inilah RESEPI CHEEFF TERBAIK DAN TERBARU pada hari ini. Kalau kawan kawan hendak mencuba silakan dan jangan lupakan Cheeff disini. SELAMAT MENCUBA BYE.........






 

Posted at 01:26 am by cheeff
Comments (5)  




Wednesday, August 31, 2005
CERPEN SINGAPURA: ORANG BATU


 

Aku berkata pada OrangBatu.
Perkataan Aku kau menjadi lesu,
Kerana kau berdiam membisu seperti batu.
Aku benci dengan batu kerana Aku dulu OrangBatu.

Hai OrangBatu....tidakah kau ingin berubah menjadi Aku.
Aku yang mempunyai perasaan.
Dan bukan perasaan seperti batu.
Hanya berdiam untuk menanti dibakar.

Hanya Aku inginkan.....janganlah kau menjadi OrangBatu.
Berubahlah....berubahlah...seperti Aku.



Pada hari ini, Cheeff ada sediakan special RESEPI TERBAIK untuk semua iaitu Cheeff Nasi Ayam Special. Kebetulan hari ini Cheeff sediakan masakan NASI AYAM untuk tetamu Cheeff. Tapi ada problem sikit dengan pembantu Cheeff tu. Bukan main marah sekali Cheeff dengan dia. Dia potong ayam itu ikut sesuka hati dia tanpa ikut arahan Cheeff.

Lepas itu tak mengapalah..... Cheeff mengomel dan memberi nasihat dengan dia, dia buat tak dak membisu macam batu dengan muka sambal dia. Menyirap naik darah Cheeff dibuatnya. Dia matikan diri macam batu. Cheeff bukan apa, cuma hendak dia keluarkan kata kata kemaafan dari mulutnya. Bukan membisu macam batu. Aaaaaahhhhh.....nak fikir pasal dia, nanti banyak yang kerja Cheeff tidak habis.

Kita sambung ke RESEPI CHEEFF NASI AYAM SPECIAL untuk kawan kawan salin hari ini. Kalau sudi marilah salin RESEPI INI:



CHEEFF NASI AYAM SPECIAL



 


Bahan Bahannya 

2 kg beras
1 ekor ayam
1 packet Tepong Emas Kentunky
5 ulas bawang putih
5 biji bawang besar
2 inci halia
1 batang serai
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu serbuk Knor Ikan Bilis
1 sudu garam
1sudu perasa ajinomoto
2 helai daun pandan[disimpulkan]


Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang
bawang goreng


Sos Cili Maggi
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b Apple Cider Venigar
gula & garam secukupnya



Untuk Nasi

1. Masukkan sedikit minyak kedalam rice cooker. Bahan seperti bawang putih,bawang besar, halia, serai yang dikisar dimasukkan kedalam rice cooker setelah minyaknya panas. Selepas itu masukkan bahan bahan seperti kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, perasa Knor, garam dan ajinomto kedalam rice cooker.

2. Barulah masukkan 2 kg beras yang dicuci bersih berserta dengan simpulan 2 helai daun pandan .Dan air untuk beras tersebut bolehlah awak timbangkan sendiri.

Untuk Ayamnya

1. Untuk ayamnya hendaklah dipotong mengikut sesuka hati awak. Ayam itu hendaklah digaul dengan Tepong Emas Kentunky dan digoreng dikuali yang panas hingga masak.

Untuk Chilli sosnya

1. Untuk chilli sos Nasi Ayam, dikisar bawang merah dan bawng putih itu bersama dan panaskannya didalam periuk yang panas. Tuangkan 1 gelas air putih berserta sos chilli maggi dan cuka kedalam periuk itu. Selepas barulah awak masukkan gula da garam secukup rasa.

Untuk Sop

1. Untuk sop Nasi Ayamnya, awak kisarkan 5 biji bawang putih berserta 2 bjii bawang besar. Setelah dikisarnya, masukkannya kedalam periuk yang panas berserta 5 gelas air putih. Tunggu hingga mendidih barulah masukkan 1sudu perasa Knor ikan bilis dan garam. Dan jangan lupa potongan daun bawang dan daun sop dan bawang goreng.

2. Untuk timun, tomato dan daun saladnya awak potong ikut citarasa awak sendiri.



Siaplah RESEPI CHEEFF NASI AYAM SPECIAL hari ini untuk semua. Cheeff harap kawan kawan cubalah dirumah untuk hidangan para tetamu dibulan Rejab yang mulia ini. SELAMAT MENCUBA.........











Posted at 05:30 am by cheeff
Comments (7)  




Tuesday, August 23, 2005
CERPEN SINGAPURA: MAWARKU




Setelah kau jadi milik orang,
Kau mendadak lebih cantik dan menawan.
Kau kuperlukan dalam dakapanku.
Kerana itu kau ku tarik balik dengan harga yang mahal sekali.
Untuk aku memiliki mu dan untuk ku menikmati bersama.
Tetapi sayangnya, ketika sampai saja dalam dakapanku,
Kau tidak seperti dahulu.
Jadi aku fikir, takdirmu memang milik orang lain.
Tetapi mengapakah ku lihat titisan airmatamu menitis dimatamu?



Woooww.......bermadah pula Cheeff ni. Hari sabtu yang lepas, Cheeff sekeluarga pergi kenduri arwah dirumah sahabat Cheeff diYishun. Hidangan yang disediakan pula adalah makanan favourite Cheeff iaitu NASI AMBENG.

Apalagi selepas saja habis membaca doa, Cheeff sekeluarga bedallah NASI AMBENG itu. Bukan main sedap sekali....eeemmmmmm rasanya. Berebut rebut anak anak sahabat  Cheeff bersantap NASI AMBENG sedulang. Bukan main riuh rendah dibuatnya.


Cheeff pun cuba tanya resepi NASI AMBENG itu kepada sahabat Cheeff. Dengan senang hati, beliau pun berilah resepi itu pada Cheeff. Kalau kawan kawan hendak salin RESEPI TERBAIK NASI AMBENG silakan:



CHEEFF NASI AMBENG SPECIAL



Bahan bahannya

Daun Pisang
Nasi Putih
Ayam goreng
Daging Rendang
Ikan selar goreng
Sambal goreng
Paru goreng
Sambal Tumis
Sambal Belacan
Serunding
Begedel
Timun yang dipotong bulat

CARA CARA HIDANGANNYA

Hendaklah letak daun pisang itu diatas dulang. Selepas itu bubuhkan nasi putih diatas daunpisang itu di ikuti ayam goreng dan daging rendang. Lapiskan sehelai lagi daun pisang itu menjadi lapisan yang kedua diikuti lauk sambal goreng dan ikan selar goreng. Pada lapisan ketiga dan terakhir semua lauk seperti paru goreng, begedel dan serunding hendaklah diletakkan kelapisan yang ketiga sebelum ditutup lagi dengan daun pisang. Dan jangan lupa pada sambal tumis, sambal belacan dan potongan timun itu hendaklah diletakkan disudut dulang untuk menghiasinya. Selepas itu barulah boleh dihidangkan pada para para tetamu.

Eeemmmmm........barulah kawan kawan tahu betapa harumnya RESEPI TERBAIK CHEEFF NASI AMBENG SPECIAL yang diberi oleh sahabat Cheeff itu. Cuba cubalah......kenapa tak percaya kee...

Hahahahhhahahahhhhhhaaaa......sedapnya.





Posted at 01:22 am by cheeff
Comments (7)  




Thursday, August 11, 2005
CERPEN SINGAPURA: PERGINYA SEORANG TOKOH DAKWAH




Harimau mati tinggalkan belang
Manusia mati tinggalkan nama

Begitulah pemergian seorang TOKOH PENDAKWAH ISLAM yang TERKENAL iaitu Sheikh Ahmad Hussein Deedat 87 tahun yang menyambut seruan illahi pada awal kelmarin 8 Aug 2005 di Afrika Selatan. Beliau amatlah terkenal dengan dakwah dan debatnya dalam menegakkan kebenaran KITAB AL QURAN terhadap mubaligh Kristien sejak 60 tahun lamanya. Sehinggalah beliau diserang penyakit angin ahmar pada sekitar tahun 1996.

Walaupun beliau berkeadaan begitu, beliau tetap dengan tugasnya sebagai pendakwah dan duta umat Islam. Menurut anak beliau Encik Yusuf Deedat, pemergian ayahnya merupakan satu kehilangan besar bagi umat Islam Sedunia kerana beliau adalah seorang pendakwah dan pendebat handalan yang sukar dicari penggantinya.


Allahyarham SHEIKH AHMAD HUSSEIN DEEDAT dilahirkan diSurat India pada 1 Julai 1918 dan kemudian beliau berhijrah ke Afrika Selatan. Pada usia mudanya, beliau adalah seorang pelajar yang bijak dan selepas membaca buku IZHARUL HAQ(PENDEDAHAN KEBENARAN)iaitu buku tentang perdebatan dengan mubaligh Kristien, beliau terdorong untuk menjadi pendakwah Islam menegakkan kitab AL QURAN.

Marilah kita sama sama sedekahkan SURAH FATEHAH keatas rohnya agar dicucuri rahmat oleh Allah Subhanawatalla. AL FATEHAH................................AMIN.


Yang mati tetap mati dan yang hidup harus hidup dengan apa yang diperjuangkan. Cheeff rasa ramai peminat peminat Cheeff yang tertunggu tunggu tidak sabar menunggu RESEPI TERBAIK CHEEFF kali ini.

Eeeemmmmm.......Cheeff tahu ramai yang request pada Cheeff macam macam resepi untuk disiarkan dalam blog Cheeff. Ada yang minta RESEPI SUP TULANG lah, ada yang minta RESEPI UNTUK ORANG SAKIT lah, ada yang minta RESEPI AYAM GORENG SPECIAL lah dan ada pula yang minta RESEPI ASAM PEDAS. Haaaaiiiiii......ada ada ajerr dia orang semua.

Bukan begitu kawan kawan, sabarlah......satu persatu dan jangan kelamkabut serta gelojoh dalam menimba ilmu. Teringat Cheeff dalam Surah Toha ayat 114 firman Allah bermaksud:

"Janganlah engkau bersegera(membaca) Al Quran, sebelum habis wahyunya kepadamu. Katakanlah: Ya Tuhanku! Tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."(Surah Toha 20 A:114)

Walau bagaimanapun, Cheeff tetap tidak kecewakan peminat peminat Cheeff semua. Hari ini Cheeff ada sediakan SPECIAL MENU atau RESEPI CHEEFF TERBAIK HARI INI iaitu DAGING GORENG PURBA. Kalau sudi silalah salin jangan menyesal.........



DAGING GORENG PURBA CHEEFF




BAHAN BAHANNYA

2KG DAGING KAMBING ATAU LEMBU(YANG DIREBUS EMPUK)
3 CAWAN SANTAN (YANG DIPERAH)
3 SUDU MINYAK SAPI
1/2 SUDU GARAM
1/2 SUDU PERASA
1 SUDU GULA
A)
1 SUDU KETUMBAR
1 SUDU JINTAN MANIS
1 SUDU JINTAN HALUS
1/2 SUDU LADA HITAM
4 BIJI BUAH PELAGA
3 KUNTUM BUNGA CENGKEH
1 BUNGA LAWANG
1 BATANG KAYU MANIS
1/2 BIJI BUAH PALA

B)
15 BIJI LADA KERING

C)
7 BIJI BAWANG MERAH
4 BIJI BAWANG PUTIH
1 BATANG SERAI (YANG DIHIRIS)
1 BIJI HALIA
1 BIJI LANGKUAS

CARA CARA MEMASAKNYA

Panaskan minyak sapi kedalam kuali yang panas. Pertama tumiskan bahan bahan A kedalam kuali panas dan tunggu hingga bahanya kuning, barulah angkat. Selepas itu masukkan pula bahan B dan tunggu hingga garing barulah angkat. Dan yang terakhir masukkan bahan C pula dan sedang sedang garing dan angkat semua bahan bahan itu.

Selepas itu kisarkan semua bahan bahan yang digoreng tadi. Masukkan kedalam kuali yang panas beserta santan dan biarkan ia mendidih panas. Masukkan daging, garam gula. Balik balikkan dan biarkkan ia selama 20 minit diatas dapur.

Untuk dihidangkannya, maka taburkanlah bawang goreng beserta daun bawang yang dihiris supaya kelihatan menarik unutk disantap.

Eeeeemmmmm.......Cheeff rasa pasti sedap kan RESEPI CHEEFF TERBAIK kali ini. Membuat orang tidak sabar untuk mencuba RESEPI SPECIAL CHEEFF DAGING GORENG PURBA.

Agaknya Cheeff teringat zaman zaman purba dulu tak, Cheeff main pondok pondok dengan siTipah tu tak..hehehehehehehehhhh............









 

Posted at 06:06 pm by cheeff
Comments (3)  




Saturday, July 30, 2005
CERITA CERPEN SINGAPURA: KEPALA SATU




Pada tubuhku semuanya ada dua. Ia bermula dengan yang dua,
telinga pun ada dua,
tangan dua, kaki ku pun dua.
Mengapa kepalaku hanya ada satu.
Pada siapa aku ingin bertanya?
Aku cuba tanya pada Masmerah. Dia sibuk dengan kopi 434nya.
Aku cuba tanya pada Kak Sab. Dia sibuk dengan lagu TARANUM AL QURAN.
Aku cuba tanya pada kawan kawan blogku. Mereka membisu.
Akhirnya aku cuba tanya pada SiBobooi yang bijakbistari. Dia berfikir sebentar. Dia kumpulkan kawan kawannya Pezal, Sleeping Beauty, BudakBunian, SkruEmas, Penggali Kubur, LadyPretty Bara masih tiada jawapan.
Mereka berfikir.
Aaaaaahaah....eyeerr..Kalau kepala ada dua, yang mana satu nak taruk dimana? Bobooi bertanya pada kawan kawannya terpingga.
.


Haaiiii....ramainya yang menunggu RESEPI TERBAIK CHEEFF. Tidak sabar ke Nonleo yang mengintip ditingkap tu menantikan RESEPI RESEPI CHEEFF yang TERISTIMEWA diSINGAPURA ini. Maaf semua pada peminat peminat Cheeff kerana lewat sikit entry bulan July ini kerana Cheeff ada banyak undangan undangan di sana sini. Maklumlah Cheeff inikan tukang masak  TERKENAL dan POPULAR dan banyak sekali permintaan RESEPI RESEPI TERKINI lagi TERBARU.

Tetapi untuk peminat Cheeff diblog ini, Cheeff tidak akan menghampakan peminat peminat Cheeff yang senantiasa menanti nantikan RESEPI RESEPI TERBAIK Cheeff. 

Hari ini Cheeff ingin sediakan RESEPI MASAKAN IKAN KEMBONG MASAK LEMAK CHILLI PADI. Kalau kawan kawan ingin salin RESEPInya silakan:

RESEPI TERBAIK CHEEFF MASAKAN IKAN KEMBONG LEMAK CHILLI PADI




BAHAN BAHANNYA

5 EKOR IKAN KEMBONG(YANG DISIANG DAN DIBERSIHKAN)
10 BIJI CHILLI PADI
3 BIJI BAWANG MERAH
5 BIJI BAWANG PUTIH
1 HELAI SERAI(DIHIRIS HALUS)
1 BIJI HALIA
3 KEPING ASAM GELUGOR
10 BIJI BUAH KERAS
2 SUDU KUNYIT
5 HELAI DAUN LIMAU
2 KOTAK SANTAN KARA
1 SUDU GARAM
1/2 SUDU AJINOMOTO
1 GELAS AIR PUTIH



CARA CARA MEMBUATNYA

Semua bahan bahan seperti chilli padi, bawang merah, bawang putih, serai, halia, dan buah keras dikisar hingga halus. Setelah itu dimasukkan kedalam periuk yang panas berisi minyak beserta dengan kunyit dan tumiskannya hingga garing. Apabila kita dapati yang bahan bahan itu telah garing barulah masukkan santan, daun limau dan juga asam gelugor. Tuangkan segalas air kedalam periuk yang panas itu. Selepas mendidihkan selama 10 minit, barulah masukkan Ikan Kembong beserta perasa seperti garam dan ajinomoto itu kedalam periuk dan dibiarkan selama 15 minit. Anda harus jenggok sedikit, takut kalau Ikan Kembong itu hancur pula.
Untuk pengetahuan sekelian, kalau tidak dapat Ikan Kembong tidak mengapa. Puan puan boleh gunakan ikan lain asalkan resepinya jangan berubah. Kan jadi lauk lain pula..... aniaya dibuatnya.


Haaaaha...... kan senang hendak memasaknya. Cubalah tuantuan dan puan puan RESEPI TERISTIMEWA dan TERBAIK CHEEFF MASAKAN IKAN KEMBONG LEMAK CHILLI PADI SPECIAL......................... 






Posted at 02:45 pm by cheeff
Comments (2)  




Wednesday, June 22, 2005
CERPEN KEPALAKU BERPUSING

Tiba tiba ku rasakan kepalaku berpusing lagi. Seperkara begini yang aku takuti. Kedengaran jantungku berdenyut begitu pantas sekali. Aku lihat dunia seperti kiamat. Berpusing pusing duniaku macam gasing. Macam Tsunami. Macam berada didalam ombak dengan gelombang arusnya. Seperti dalam pencuci baju....berpusing pusing pusing macam gasing.

Cheeff dapat rasakan badan Cheeff begitu panas sekali. Suhu badan Cheeff  40 degree. Wah ! panas berpeluh peluh walaupun Cheeff buka suhu air-con kereta yang paling tinggi. Masih rasa berpeluh peluh seluruh badan Cheeff. Mata Cheeff mulai gelap pitam. Hanya nampak bintik bintik hitam.

 

Cheeff terpaksa berhentikan kereta Cheeff ditepi jalanraya. Cheeff menalipon isteri Cheeff yang Cheeff tidak dapat ketempat kerja dan segera suruhnya pulang setelah menerangkan keadaan Cheeff sebenar.

 

Mau tak maupun Cheeff harus memandu pulang. Teringat Cheeff firman Allah teringat Cheeff pada Allah dalam firmannya:

 

“Tawakkallah(menyerahlah)kepada (Allah)Yang hidup, yang tiada mati, dan tasbihlah serta memujiNya. Cukuplah Dia Mahamengetahui segala dosa hambanya”(Surah Al Furqan 25:58)

 

Sampai saja dirumah, Cheeff bergegas ambil pil Cheeff dan terus tidurImage hosted by Photobucket.com. Tiba tiba kedengaran suara” Bang….bang bangun bang…” rupanya suara isteri Cheeff dengan tersedia sup sayur untuk sejukkan badan Cheeff.

 

Waaahh….sedap juga sup sayur masakan isteri Cheeff tu. Agaknya sup sayur masakan istimewa dan terbaik tak? Tertanya tanya Cheeff di buatnya. Kalau nak salin resepi masakan terbaik sup sayur silakan:

 



CHEEFF SUP SAYUR ISTIMEWA DAN TERBAIK

 

 


Image hosted by Photobucket.com


Sup ini menggunakan bahan-bahan seperti broccolli,bunga kobis, tomato,sawi,cendawan, carrot, bawang putih, pati ayam dan daun bawang.

Bahan-bahan

Image hosted by Photobucket.com


2 biji bunga kobis 
1biji broccolli
1 biji tomato
1biji cendawan
3biji kacang parang
2 tangkai sawi (batang dihiris daun jangan dipotong biarkan panjang)
1 batang carrot (dipotong nipis bentuk bunga)

UNTUK BARANG MENUMIS


3 sudu besar minyak untuk menumis
1 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 inci halia - ditumbuk halus
4 gelas air
Sedikit kuib pati ayam maggie
Daun bawang yang dihiris
Garam dan ajinamoto

CARA MEMASAKNYA

1. Panaskan minyak dalam periuk masukkan bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan air dan kiub pati ayam maggie.
3. Apabila mendidih masukkan masukkan carrot, bunga kobis,broccolli, tomato cendawan kacang parang dan batang sawi biarkan dalam 3 minit.
4. Sesuaikan rasa garam dan ajinamoto, masukkan pula daun bawang bolehlah matikan api dan hidang ketika panas.


 

Tentu sedapkan. Cheeff barulah berasa lega sekali apabila makan masakan resepi istimewa dan terbaik isteri Cheeff Sup Sayur Terbaik. Sihat aku....sihat aku...Cubalah jangan segan segan.......

Image hosted by Photobucket.com

Posted at 05:11 am by cheeff
Comments (3)  




Sunday, May 15, 2005
CERPEN TERBAIK CANTIK

Image hosted by Photobucket.com 


Ku hulurkan tanganku, kujulurkan jari jari hatiku dan rasa
untuk memelukmu.

Ku mengundangmu agar dapat merapatkan armadaku masuk
kedermaga diriku yang membakar dharma.

Kedatanganmu kecantikanmu dan kejelitaanmu
membuat ku terpesona menusuk kalbu.

Tentu sekali ada orang yang membuat mu sebegitu.
Tentu sekali ada orang memberi kamu rahsia rahsia
kejelitaanmu membikin aku melayang dahagakan cintamu.

Siapakah gerangannya.......?Tentu sekali CHEEFF yang TERBAIK lagi TERKENAL dengan PILIHAN MASAKAN MASAKAN TERKINI dan RESEPI RESEPI MINUMAN TERBAIK lagi TERISTIMEWA hingga membuat dia begitu CANTIK, JELITA DAN ANGGUN. Waahhh....... seperti angkat diri sendiri. Itu sudah tentu kerana Cheeff laa yang membuat kulitnya bersih putih. Nak tahu tak CERITA CERPEN CANTIK ini? Bagaimana sijelita diatas tu begitu cantik lagi terpesona. Kalau nak tahu Cheeff beri dia RESEPI MINUMAN SPECIAL CHEEFF iaitu CHEEFF SPECIAL PAPAYA JUICE yang akan membuat kamu semua melayang jauh nestapa. Ini dia RESEPINYA:


Image hosted by Photobucket.com


CHEEFF SPECIAL PAPAYA JUICE

BAHAN BAHANNYA

130 GRAM PAPAYA
2 BUAH ORANGE MANDARIN(YANG DIBUANG KULITNYA)
1 BUAH LEMON(YANG DIBUANG KULITNYA)
1 SDM BEE POLLEN(SERBUK BUNGA)

CARA MEMBUATNYA:

KUPAS PAPAYA DAN DICUCI DENGAN AIR BERSIH. KEMUDIAN MASUKKAN ORANGE MANDARIN BERSAMA LEMON UNTUK DIJUICE. YANG TERAKHIR MASUKKAN BEE POLLEN BERSAMA KETULAN AIS DAN MINUMAN SUDAH SIAP DIMINUM.


Senang kan buatnya.......Kalau nak tahu ada banyak khasiatnya RESEPI MINUMAN CHEEFF SPEICIAL PAPAYA JUICE ini. Kalau nak CERITA  atau BERCERPEN tentu panjang. Ambil saja yang ringkas aje. Khasiatnya ialah:

UNTUK ANAK ANAK:Image hosted by Photobucket.com Dapat merangsangkan pertumbuhan, memperbaiki fungsi metabolisme dan meningkatkan kecerdasan anak anak.

UNTUK REMAJA: Image hosted by Photobucket.comDapat menghaluskan kulit wajah agar tetap CANTIK dan BERSERI, menghilangkan hyperpigmentasi kulit, bintik bintik hitam, jerawat dan alergi kulit.

UNTUK WANITA DAN LELAKI:Image hosted by Photobucket.com Dapat memperlambat proses penuaan dan keriput dimuka agar tetap awek muda, juga sangat bermanfaat bagi wanita yang telah menopause.

UNTUK ORANG TUA: Image hosted by Photobucket.comDapat meningkatkan daya tahan tubuh dan menunda ketuaan, menambah stamina dan agar panjang umur.

UNTUK UMUM: MINUMAN ini maanfaat untuk perawatan kulit, membuat wajah halus dan berseri, menghabat proses penuaan, juga cocok bagi yang menderita kekurangan darah (anemia)dan sembilit.


Haaaahhhhh itulah khasiat khasiat yang Cheeff boleh berikan. Cubalah MINUMAN SPECIAL CHEEFF ini. Kenapa tak percaya kee...........................................

 


Posted at 10:37 am by cheeff
Comments (5)  




Previous Page Next Page



CUBA ANDA TEKA BINATANG APA DIDALAM GAMBAR INI. SELAMAT MENCUBA.???


ASSALAMU'ALAIKUM SALAMSEJAHTERA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM

SELAMAT DATANG KE BLOG CHEEFF DI SINGAPURA

NAMA Cheeff(Ketua)

JANTINA Lelaki

TINGGAL Singapura

STATUS Berkahwin

PERKERJAAN Berkerja

HOBI MEMASAK RESEPI BARU, RESEPI SINGAPURA, RESEPI PILIHAN, RESEPI TERBAIK SINGAPURA, FESYEN BAJU TERBAIK, BARU, CANTIK, MEMBACA AL QURAN,MENDENGAR TARANUM AL QURAN, BACAAN QARI QARI MESIR, ARAB, SINGAPURA, MALAYSIA, INDONESIA, TIMUR TENGAH, BACA CERITA SERAM, CERPEN CERPEN TERBAIK SINGAPURA, CERITA PILIHAN, CERPEN CERPEN CINTA SINGAPURA, SUKA BACA PUISI CINTA, PUISI PILIHANDAN TERBAIK DAN BERJIWA SENI MUZIK ARAB.

CITACITA Manusia Yang Berguna Untuk Masadepan dan Ketua,sebab itu nama saya Cheeff

SUKA Perkara yang membangun diri dan menuntut ilmu seni lagu taranum Al Quran sepanjang hayat

TAK SUKA Orang yang malas,kecewa,putus asa,aniaya diri,bodoh,degil,ungkal,kikir dan sebagainya

HARAPAN Dunia Al Quran Membangun dan Maju




   









Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed