Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.usCHEEFF NAMAKU. AKU MINAT RESIPI MASAKAN BARU. RESEPI PILIHAN DAN TERBAIK SINGAPURA ADALAH CITARASAKU. RESEPI MASAKAN TERKINI AKAN KU CUBA PAMERKAN DAN PAPARKAN DALAM BLOGKU INI. SUDAH BERTAHUN PENGALAMAN DALAM BIDANG MASAKAN. SELAIN ITU ADA CERITA CERITA KEHIDUPAN HARIANKU DISINGAPURA YANG BOLEH DIIKTIBARKAN.



Tuesday, February 07, 2006
RESEPI TERBAIK SINGAPURA SEMPENA MAAL HIJRAH 1427

"Baaang......kita nak masak apa untuk kenduri hari bang? I ingat you masak yang simple simple aje. Tapi yang sedap sedap tau! Itulah kata kata yang keluar dari mulut isteri Cheeff. Very demanding. Yang dia tahu semuanya mesti siap dan beres. Yeeeler..selama ini Cheeff juga yang sediakan untuk segala masakan masakan dirumah. Dia tahu makan saja. Tapi apa boleh buat, sayang isteri.

Lagipun Cheeff masak untuk menyambut Maal Hijrah tahun baru Islam. Bukan apa, Cheeff ada buat kenduri sedikit dirumah Cheeff. Ada doa selamat dan membaca Al Quran. Ingat tak dulu kawan Cheeff, Encik Aripin dari Sukarelawan Jemaah Iqra? Cheeff ada menjemput kumpulan mereka kerumah Cheeff untuk membaca doa selamat dan membaca Al Quran.

Haaaii....seronok betul Cheeff dibuatnya apabila mendengar bacaan bacaan Taranum Al Quran mereka. Lebih lebih lagi apabila Encik Hj Jamalludin membacanya, sungguh tersentuh hingga membuat Cheeff lebih dekat kepada Allah Ta'alla. Sejuk hati Cheeff dibuatnya. Teringat Cheeff pada firman Allah:

"Dan apabila Al Quran dibacakan, dengarkanlah ia dan berdiamlah, supaya kamu dikasihani"(Surah Al Anfal Ayat 204)

Cheeff bersyukur dapat memberi makanan dari masakan Cheeff yang terbaik lagi teristimewa untuk tetamu Cheeff yang hadir pada malam itu. Cheeff sediakan Resepi Terbaik iaitu Roti Jala Cheeff Terbaik berserta Kuah Lempuk Durian. Emmmm........ terperanjat dibuatnya. Selalunya Roti Jala dimakan dengan kuah daging atau kuah kari ayam. Tapi yang ini lain dari yang lain. Ia dimakan dengan Kuah lempuk durian. Sedapkan!!..Apa tak terangkat dibuatnya, semuanya puji masakan Cheeff dan ada yang hendak minta salinan Resepi Terbaik Cheeff ini.

Kalau puan puan dan ibu ibu disana hendak salin RESEPI TERBAIK CHEEFF ini iaitu RESEPI ROTI JALA CHEEFF BERKUAH LEMPUK DURIAN silakanlah salin. Kalau tidak salin....nanti menyesal dibuatnya....

 

ROTI JALA CHEEFF BERKUAH LEMPUK DURIAN

BAHAN BAHAN ROTI JALA

400gm tepong gandom

2 biji telur

160gm santan

1/2 sudu kecil pewarna kuning

garam secukup rasa

Cara Cara Membuatnya

1.Campurkan kesemua bahan bahan diatas dan kacaukannya hingga rata dan sebati.

2.Gunakan acuan Roti Jala dan kiraikan diatas kuali yang nipis.

BAHAN BAHAN KUAH LEMPUK DURIAN

300gm santan

2 helai daun pandan

200gm lempuk durian (dipotong dadu)

100gm gula pasir

garam secukup rasa

Cara Cara Membuatnya

1.Masak santan bersama daun pandan, gula dan garam hingga pekat.

2.Masukkan lempuk durian dan kacau hingga sebati dan mendidih selama 15 minit lamanya.

 

Selepas itu sudah siap masakan ROTI JALA CHEEFF BERKUAH LEMPUK DURIAN dan bolehlah dihidangkan pada tetamu tetamu yang datang. Cheeff rasa pasti enak dan sedap RESEPI TERBAIK CHEEFF ini. Jangan lupa kalau hendak hidangkan pada tetamunya mesti panas panas. Itu lebih baik. SELAMAT MENCUBA..

 

...


Posted at 02:50 am by cheeff

Wahh
June 7, 2008   06:42 PM PDT
 
baguih la cheff nie.. ader gtau lagi
chiko
February 7, 2006   03:47 AM PST
 
hey cheeff tk tidur ke. Pagi pagi buta buat resepi. Gila agaknya. Nak jala apa niee.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry



CUBA ANDA TEKA BINATANG APA DIDALAM GAMBAR INI. SELAMAT MENCUBA.???


ASSALAMU'ALAIKUM SALAMSEJAHTERA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM

SELAMAT DATANG KE BLOG CHEEFF DI SINGAPURA

NAMA Cheeff(Ketua)

JANTINA Lelaki

TINGGAL Singapura

STATUS Berkahwin

PERKERJAAN Berkerja

HOBI MEMASAK RESEPI BARU, RESEPI SINGAPURA, RESEPI PILIHAN, RESEPI TERBAIK SINGAPURA, FESYEN BAJU TERBAIK, BARU, CANTIK, MEMBACA AL QURAN,MENDENGAR TARANUM AL QURAN, BACAAN QARI QARI MESIR, ARAB, SINGAPURA, MALAYSIA, INDONESIA, TIMUR TENGAH, BACA CERITA SERAM, CERPEN CERPEN TERBAIK SINGAPURA, CERITA PILIHAN, CERPEN CERPEN CINTA SINGAPURA, SUKA BACA PUISI CINTA, PUISI PILIHANDAN TERBAIK DAN BERJIWA SENI MUZIK ARAB.

CITACITA Manusia Yang Berguna Untuk Masadepan dan Ketua,sebab itu nama saya Cheeff

SUKA Perkara yang membangun diri dan menuntut ilmu seni lagu taranum Al Quran sepanjang hayat

TAK SUKA Orang yang malas,kecewa,putus asa,aniaya diri,bodoh,degil,ungkal,kikir dan sebagainya

HARAPAN Dunia Al Quran Membangun dan Maju




   









Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed