Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.usCHEEFF NAMAKU. AKU MINAT RESIPI MASAKAN BARU. RESEPI PILIHAN DAN TERBAIK SINGAPURA ADALAH CITARASAKU. RESEPI MASAKAN TERKINI AKAN KU CUBA PAMERKAN DAN PAPARKAN DALAM BLOGKU INI. SUDAH BERTAHUN PENGALAMAN DALAM BIDANG MASAKAN. SELAIN ITU ADA CERITA CERITA KEHIDUPAN HARIANKU DISINGAPURA YANG BOLEH DIIKTIBARKAN.



Friday, October 28, 2005
CERPEN SINGAPURA: BULAN RAMADAN SIBUK BUAT KUIH


(Kesian encik abang kita, letih ke berpuasa....Haiiii apa dibuatnya ayam hitam bertenggek atas bahu?)


Setiap kali datang saja bulan Ramadan, yang paling sibuk sekali ialah ibu ibu dan para para isteri sibuk buat kuih sampai ada yang tidak sempat hendak layan suami. Dalam kepala otak mereka ialah persiapan KUIH KUIH RAYA dan JUADAH JUADAH HARIRAYA. Itulah ragam menjelang HARI RAYA. Yang sisuami pula, pening kepala melayan kerenah siisteri. Asyik...... bang beri duit sikit, hendak beli bahan KUIH MUIH HARIRAYA. Mau tidak mau pun sisuami terpaksalah melayan kehendak siisteri.

Kesian sisuami Cheeff tenggokkan. Tapikan di bulan puasa ini, kenalah sisuami banyak banyak bersabar. Lagipun setahun hanyalah sekali. Cheeff rasa apa salahnya kalau sisuami itu berzakat sedikit pada siisteri setahun sekali. Apa salahnya. Tentu tiada masalahkan. Cheeff sarankan pada sisuami supaya 'advancedkan' duit sedikit dan bersiap sedia duit zakat itu lebih awal untuk tahun depan. Jadi tidaklah kepala pening atau porak peranda rumahtangga bergaduh pasal persiapan MENJELANG HARIRAYA AIDILFITRI nanti. Teringat Cheeff tentang Firman Allah Ta'alla yang bermaksud:

"Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya."(Surah Al Ahzab 33 Ayat :33) 

Hai cakap punya cakap sampai terlupa Cheeff hendak beri RESEPI CHEEFF TERBAIK untuk hari ini. RESEPI hari ini Cheeff sediakan atas permintaan puan LIEZA kita itu. Pada pengetahuan Cheeff, tidak ada nama KUIH LOYANG. Setahu Cheeff KUIH LOMPANG tu adalah. Tetapi tidak mengapa, tanpa menghampakan harapan dan permintaan puan LIEZA kita itu. Hari ini Cheeff ada sediakan RESEPI SPECIAL HASIL BUATAN CHEEFF sendiri iaitu deng deng deng.............

RESEPI CHEEFF TERBAIK dan TERISTIMEWA pada hari ini ialah KUIH LOMPANG CHEEFF PERASA JAGUNG yang TERBARU dan TERKINI masa kini. Kuih ini juga boleh dijadikan KUIH RAYA tahun ini kerana Cheeff sudah buat experiment, hasilnya begitu memuaskan dan power dan bahan geniuenya tentulah isteri Cheeff dan anak kesayangan Cheeff itu. Mereka pun sudah merasanya. Jawapan dari mereka ialah POOWEER. Kalau puan LIEZA ingin mencubanya, silakan salin RESEPI CHEEFF yang POWEER INI.................



KUIH LOMPANG CHEEFF PERASA JAGUNG




BAHAN BAHANNYA


1 bungkus tepong jagong
1 cawan air kelapa putih (Kelapa putih diparut dan diperahkan)
1/2 kilo gula (Dimasak gula itu dan disejukkan seketika)
1 cawan perasa jagung atau 1 cawan biji jagung yang direbus dan kisar halus
Sedikit bahan pewarna merah dan hijau
2 helai daun pandan
1/2 biji kelapa putih yang diparut
20 tenpat acuan kaca kecil kuih lopang


CARA CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan air kelapa putih dan air gula bersamaa tepong beras, perasa jagung atau kisaran jagung dan sedikit air kedalam tempat bekas dan dikacaunya hingga rata. Biarkannya selama 10 minit supaya tepong beras itu kembang.
2. Sediakan 3 bekas koleh dan tuangkannya campuran tepong beras itu kedalam ketiga tiga bekas itu. Serta masukkan pewarna merah pada koleh pertama dan pewarna hijau pada koleh kedua dan koleh ketiga dibiarkan warna asalnya. Kacau rata rata semua bancuahn itu.
3. Sediakan kukusan panas dan masukkan daun pandan kedalan kukusan supaya ia berbau wangi. Masukkan semua acuan acuan kaca kecil itu untuk dikukus selama 1 minit supaya bancuhan itu tidak melekat.
4.Selepas itu tuangkan bancuhan itu kedalam setiap acuan kaca kecil ikut cita raa masing masing dan kukuskannya selama 15 minit.
5. Selepas kuih lopang itu masak, dicungkilnya dengan perlahan menggunakan pisau kecil atau sudu dan boleh disediakan diatas piggan hidangan beserta taburan kelapa putih yang dikukus di atas KUIH LOMPANG tadi. (PERINGATAN: Kelapa putih hendaklah dikukus untuk menggelakkanya menjadi basi dan berbau).


Eemmmmm..........itulah dia puan LIEZA kita, hasil buatan dan experiment Cheeff yang  TERKINI dan KUIH TERBAIK  serta ISTIMEWA  pada hari ini iaitu KUIH POWER dan LAZAT.......... KUIH LOMPANG CHEEFF PERASA JAGUNG khas untuk puan LIEZA kita.

Haaiiiii......dah penat Cheeff membebel dan berbual pasal KUIH RAYA. Cheeff dah hendak belah nii. Sampai berjumpa lagi. Byeeeee.......


(CHEEFF BORING NAIK MOTOR NAK KE BAZAR GEYLANG)





Posted at 04:35 pm by cheeff

IMA
September 4, 2006   04:28 PM PDT
 
MAY B BLH EMAIL KAN KE sweetyema76@yahoo.com
IMA
September 4, 2006   04:26 PM PDT
 
CHEFF, I WILL TRY UR NEW RECIPE OF KUIH LOMPANG. TAPI TAK DE RESIPI ASAL KUIH LOMPANG YE?? SAYA SUKA KUIH LOMPANG LA...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry



CUBA ANDA TEKA BINATANG APA DIDALAM GAMBAR INI. SELAMAT MENCUBA.???


ASSALAMU'ALAIKUM SALAMSEJAHTERA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM

SELAMAT DATANG KE BLOG CHEEFF DI SINGAPURA

NAMA Cheeff(Ketua)

JANTINA Lelaki

TINGGAL Singapura

STATUS Berkahwin

PERKERJAAN Berkerja

HOBI MEMASAK RESEPI BARU, RESEPI SINGAPURA, RESEPI PILIHAN, RESEPI TERBAIK SINGAPURA, FESYEN BAJU TERBAIK, BARU, CANTIK, MEMBACA AL QURAN,MENDENGAR TARANUM AL QURAN, BACAAN QARI QARI MESIR, ARAB, SINGAPURA, MALAYSIA, INDONESIA, TIMUR TENGAH, BACA CERITA SERAM, CERPEN CERPEN TERBAIK SINGAPURA, CERITA PILIHAN, CERPEN CERPEN CINTA SINGAPURA, SUKA BACA PUISI CINTA, PUISI PILIHANDAN TERBAIK DAN BERJIWA SENI MUZIK ARAB.

CITACITA Manusia Yang Berguna Untuk Masadepan dan Ketua,sebab itu nama saya Cheeff

SUKA Perkara yang membangun diri dan menuntut ilmu seni lagu taranum Al Quran sepanjang hayat

TAK SUKA Orang yang malas,kecewa,putus asa,aniaya diri,bodoh,degil,ungkal,kikir dan sebagainya

HARAPAN Dunia Al Quran Membangun dan Maju




   









Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed